• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Perlu Berani, Terus Berjuang – Salleh

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani dan terus berjuang menentang hentaman politik ketika beliau meningkat usia 63 tahun pada Sabtu.

Salleh berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong perdana menteri tetapi ingin berdiam diri kerana mereka merasakan tiada guna berhujah mengenai sesuatu yang tidak akan diselesaikan.

“Rakyat Malaysia ini mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan anda (Najib) dan akan terus berdiri di belakang anda. Percaya dan yakinlah anda tidak keseorangan. Selamat hari lahir Dato’ Sri, kekal berani dan terus berjuang kerana kami bersama anda,” katanya dalam blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata tiada sesiapa pun boleh menafikan bahawa ia merupakan 40 tahun karier politik yang mencabar buat Najib, terutamanya pada 10 tahun lalu sejak 2006 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan beliau sudah cukup rehat dengan persaraannya dan kembali dalam arena politik Malaysia.

Salleh berkata mana-mana orang pastinya akan mengalah sekarang daripada bertahan selama 10 tahun dihentam berterusan oleh Dr Mahathir.

“Pada mulanya Dr Mahathir mendesak Najib untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila Najib tidak bersetuju, malahan menyatakan secara terbuka sokongan terhadap Abdullah, Mahathir menyerang beliau.

“Selepas Najib mengambil alih jawatan perdana menteri tiga tahun kemudian, Dr Mahathir terus menyerang beliau dengan pelbagai isu dan terbaharu, sudah tentu mengenai 1MDB,” katanya.

Salleh berkata Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia keenam tetapi mungkin yang pertama diganggu oleh bekas perdana menteri.

“Tidak ada tempat di dunia ini terjadi apabila bekas perdana menteri tidak menghormati dan menghina perdana menteri sedia ada.

“Dan ini bukan sesuatu yang baharu tetapi sesuatu yang Dr Mahathir telah kekalkan sejak 10 tahun lepas terhadap dua perdana menteri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Lancar Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Timur

Next Post

Hashtag #BeStrongPM Trending Di Twitter

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Hashtag #BeStrongPM Trending Di Twitter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd