• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pemimpin Boleh Dipercayai – Tunku Aziz SPRM

oleh
19/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seorang pemimpin yang Malaysia perlukan, terutamanya ketika dunia sedang berdepan dengan ancaman keganasan.

Demikian kenyataan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang dipetik oleh Bernama pada Isnin.

Beliau dalam artikel diterbitkan portal baharu dilancarkan ‘Malaysia Outlook’ berkata, perdana menteri merupakan pemimpin yang rakyat boleh percayai dan bergantung untuk melakukan perkara betul dalam mana-mana krisis.

Dalam usaha memerangi keganasan, Najib mempamerkan ciri kepemimpinan sebenar dan ini mengingatkan rakyat bahawa tiada siapa dapat memimpin tanpa ambil keputusan sukar demi kebaikan bersama, kata Tunku Abdul Aziz.

“Dengan Daesh mengancam negara kita, rakyat Malaysia berfikiran waras sudah mula menyedari bahawa di sini ada seorang perdana menteri tidak takut untuk mendahulukan rakyat dan undi mereka diletakkan di tempat kedua.

“Pendek kata, tiada kompromi apabila membabitkan keamanan dan keselamatan negara dan Najib, dengan caranya berhemah, menunjukkan bahawa perkara itu sentiasa menjadi keutamaan dalam pertimbangan beliau,” katanya.

Bekas naib pengerusi DAP itu berkata di dalam negara, susulan perbuatan salah guna media sosial oleh individu-individu tertentu telah membawa kepada polarisasi perkauman, majoriti senyap perlu menentang perkara tersebut.

Tunku Abdul Aziz kemudian menambah: “Suara mereka perlu bagi menyokong langkah-langkah dilaksanakan oleh kerajaan yang akan memastikan bahawa kita akan terus hidup dalam aman dan harmoni.”

Beliau yang juga pengasas Transparency International cawangan Malaysia berkata, pertimbangan kaum tidak boleh dijadikan faktor dominan tatkala rakyat Malaysia berusaha mencari identiti baharu.

“Justeru perpaduan kaum perlu kekal menjadi kunci kepada masa depan negara. Kita mungkin ada sebuah negara, tetapi kita masih belum ada negara bangsa kerana terlalu banyak daripada kita begitu mudah dipengaruhi.

“Ini termasuk etnik memisahkan kita. Ia bukan di luar fitrah dan kita patut memilih meneruskan kehidupan dalam dunia kita sendiri. Maka inilah masa yang terbaik bagi rakyat Malaysia yang patriotik dan cintakan negara ini.

“Tanah tumpah darah mereka untuk berusaha menerokai semula dan mengukuhkan ciri-ciri keMalaysianan mereka, keadaan yang tidak dapat digambarkan tetapi terpahat dalam hati kita,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun RazakTunku Abdul Aziz Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Hadir Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan

Next Post

Wanita Telanjang Bulat Merayau Di Jalanan Singapura

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Wanita Telanjang Bulat Merayau Di Jalanan Singapura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd