• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monspace Sky Hanya Ada ‘Kelulusan Teknikal’ – Liow

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Suasa Airlines yang mendakwa menjalankan operasi Monspace Sky Airlines hanya menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) yang mana belum boleh dibenarkan mengendalikan penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, syarikat penerbangan itu tidak dibenarkan beroperasi selagi belum mendapat Permit Perkhidmatan Udara (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Walaupun permohonan ASP ditolak, Suasa Airlines terus menjalankan operasi dengan melancarkan penerbangan sulung pada Jumaat lalu.

Mengenai Suasa Airlines menyalahi undang-undang penerbangan, Liow berkta, ia merupakan satu kesalahan yang amat serius.

“Tanpa ASP, mereka tidak boleh terbang. Oleh kerana mereka sudah terbang maka kita membuat laporan polis dan juga memulakan siasatan terhadap kes ini.

“Kita melihat ia sebagai satu kesalahan yang amat serius,” kata Liow kepada pemberita pada majlis perasmian persidangan bersama mengenai penambahbaikan keselamatan dan fasilitasi kargo udara di Sama-Sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa.

Mengenai dakwaan Monspace bahawa syarikat penerbangan itu mendapat permit untuk terbang, Liow berkata, mereka hanya menerima ‘kelulusan teknikal’ dalam bentuk Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada DCA.

Tambah Liow, mereka tidak menjalankan operasi penerbangan selagi belum mendapatkan ASP daripada Mavcom. – mStar Online

Tags: DCALiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd