• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miros Kaji Keperluan Tingkat Pemeriksaan Kenderaan Awam

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengkaji sama ada pemeriksaan berkala mandatori terhadap pengangkutan awam oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), perlu ditambah.

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr. Wong Shaw Voon berkata pada masa ini pemeriksaan berkala mandatori pengangkutan awam hanya diadakan dua kali setahun, dan dengan menambah kekerapan pemeriksaan berkala itu, ia mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan berkenaan.

“Kita akan kaji keperluan untuk menambah kekerapan pemeriksaan kenderaan yang kini hanya mewajibkan pengusaha pengangkutan awam menjalani rutin itu di Puspakom sekali dalam tempoh enam bulan, serta aspek yang boleh ditambah baik.

“Ia bukan sahaja melibatkan tempoh pemeriksaan tetapi juga faktor ekonomi seperti tambahan kos penyelenggaraan yang akan ditanggung pengusaha sekiranya ia dilakukan lebih kerap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas kemalangan melibatkan sebuah bas ekspress yang merempuh 10 kenderaan lain di KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Ahad lalu yang dipercayai berpunca daripada masalah kegagalan brek bas terbabit.

Wong berkata kemalangan pada Ahad lalu tidak boleh dikaitkan dengan keadaan jalan di lebuh raya itu yang dikatakan berbahaya kerana pihak berwajib telah mengambil langkah keselamatan tertinggi untuk menyelenggara laluan berkenaan.

“Pengguna yang menggunakan kawasan berisiko kemalangan seperti di laluan berhampiran Terowong Menora itu sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan diri serta pengguna lain.

“Pemandu kenderaan awam mahupun persendirian perlu tahu apa yang perlu dilakukan sewaktu melalui kawasan curam seperti itu dengan bertindak memperlahankan kelajuan kenderaan mengikut kadar had laju ditetapkan serta menggunakan gear rendah,” katanya.

Pada tahun ini, sebanyak lima kemalangan termasuk yang terbaru pada Ahad lepas dilaporkan berlaku berhampiran Terowong Menora arah selatan. Daripada lima kemalangan itu, dua melibatkan kemalangan maut.

Pada 3 Jan lepas, seorang lelaki berusia 30-an cedera parah manakala seorang kanak-kanak berumur enam tahun cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah bas ekspres.

Sementara itu, pada 22 Jan lalu, pemandu lori tangki berusia 40-an cedera ringan selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM264 di lebuh raya tersebut.

Pada 3 Mac pula, lima maut manakala dua cedera dalam dua kemalangan yang hanya berbeza beberapa saat di KM265.4 lebuh raya itu.

Kemalangan pertama melibatkan sebuah treler yang terbabas sebelum musnah terbakar dan menyebabkan pemandu serta kelindannya mengalami kecederaan.

Tanpa disedari, lori treler itu telah menghempap sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga. Mayat semua mangsa yang terbakar hanya ditemukan keesokannya apabila kerja mengalih treler dilakukan.

Kemalangan kedua pula meragut nyawa pemandu lori berusia 39 tahun yang dilaporkan tercampak keluar apabila lorinya terbabas dan melanggar papan tanda berhampiran lokasi kemalangan pertama. – BERNAMA

Tags: KenderaanMIROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Polis Belum Rakam Keterangan Kolumnis Dakwa UiTM Amal ‘Apartheid’

7 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang Di Kinrara

27/05/2024
0

SERDANG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, semalam. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd