• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maybank Semak Semula BR, BLR Berkuat Kuasa Hari Ini

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank, akan menyemak semula kadar asasnya (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) berkuat kuasa Jumaat, seiring dengan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Maybank dalam satu kenyataan berkata BR akan diturunkan sebanyak 20 mata asas kepada 3.00 peratus setahun daripada 3.20 peratus setahun manakala BLRnya akan disemak semula kepada 6.65 peratus setahun daripada 6.85 peratus setahun.

Bagi perbankan Islam, BR dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan dikurangkan sebanyak 20 mata asas masing-masing kepada 3.00 peratus setahun dan 6.65 peratus setahun daripada 3.20 peratus setahun dan 6.85 peratus setahun.

Seiring dengan pengurangan dalam BLR/BFR dan kadar asas, kadar deposit Maybank juga akan disemak turun sehingga 20 mata asas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata semakan berkenaan akan memberi faedah kepada peminjam memandangkan semual pinjaman atau pembiayaan ditambat kepada BR atau BLR/BFR juga akan diselaras.

“Semakan berkenaan akan membantu bakal peminjam dan sedia ada berdepan dengan persekitaran semasa yang mencabar serta membantu merangsang pertumbuhan perniagaan dan ekonomi dalam negara,” katanya.

Beliau berkata langkah itu juga akan menyokong usaha kerajaan untuk memastikan ekonomi dalam negeri melalui pertumbuhan kukuh.

BNM pada Rabu membuat pengumuman menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, penurunan pertama sejak 2009, bagi memastikan ekonomi kekal kukuh.

Semakan terakhir dalam BLR Maybank pada Julai 2014 apabila menaikkan 25 mata asas kepada 6.85 peratus setahun seiring dengan keputusan bank pusat pada masa itu untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. – mStar Online

Tags: Maybank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

Gangguan Khidmat Perbankan, Maybank Mohon Maaf

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggannya akibat isu yang tidak dijangka dan...

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

06/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd