• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tawar Bantu Perancis Atasi Radikalisasi

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ULAANBAATAR, Mongolia – Malaysia, yang mempunyai pengalaman luas menangani isu keganasan sejak 1948, hari ini menawarkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai pemulihan dan deradikalisasi kepada Perancis dan negara lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata SOP dalam empat bahasa itu, termasuk Perancis, akan ditawarkan kepada negara berkenaan yang menghadapi serangan pengganas terbaru pada Khamis.

“Berbanding jenayah terancang, ideologi jenayah harus dilihat lebih daripada sekadar keganasan. Ini ideologi…ada usaha radikalisasi dan Malaysia mempunyai SOP untuk dikongsi dengan negara-negara mangsa keganasan,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Zahid, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah ke-11 yang bermula Jumaat, berkata Malaysia sedia menawarkan latihan untuk pengajar bagi negara yang mempunyai masalah radikalisasi.

Menurut media asing, sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh di selatan Perancis, selepas sebuah trak dilaporkan merempuh sekumpulan penduduk yang sedang merayakan Hari Bastille.

Pada November tahun lepas pula, lebih 100 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Paris.

Zahid berkata Malaysia melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian itu dan bimbang ia akan memburukkan agama Islam jika dilakukan oleh pengganas yang menggunakan nama Islam.

Mengulas lanjut tawaran SOP itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, beberapa pakar psikologi dan ulama untuk membantu negara-negara berkenaan.

“Oleh kerana ini masalah jangka panjang, jika tak selesai segera, libatkan imej Islam, parah. Islam tak ajar bunuh, keganasan, tapi telah libatkan imej…sebab nila setitik yang rosakkan susu sebelanga,” katanya.

Malaysia, yang telah menangani ancaman komunis dan kumpulan militan, juga telah menawarkan SOP itu kepada Amerika Syarikat untuk program rehabilisasi militan yang ditahan di Guantanamo, kata Zahid.

“Amerika Syarikat telah menerima tawaran kita dan akan menghantar pegawai ke Malaysia. Ini menunjukkan komitmen Malaysia untuk berkongsi dengan mereka, walaupun kita negara kecil,” kata Zahid. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd