• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat

oleh
12/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) akhirnya mengakui gabungan parti-parti pembangkang itu telah hilang sokongan rakyat.

Perakuan itu dibuat secara tidak langsung berdasarkan satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan selepas satu mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan itu mendakwa kononnya pimpinan Pakatan Harapan menginsafi pelbagai cabaran terpaksa ditanggung rakyat kerana Pakatan Harapan terperangkap dengan kegawatan politik sesama ahli dan parti-parti politik.

“Majlis Presiden memutuskan satu temu rapat pimpinan PKR, DAP dan PAN akan diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti dengan khusus strategi bersama Pakatan Harapan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.

“Pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang menyeluruh dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat,” kata kenyataan itu bagi memujuk orang ramai hari ini.

Kenyataan rasmi Majlis Presiden Pakatan Harapan itu secara tidak langsung turut mengesahkan bahawa tiada sebarang kerjasama akan diadakan semula dengan PAS meskipun terdapat desakan supaya memujuk PAS kembali bersama pakatan pembangkang.

Desakan itu dibuat kerana segelintir pemimpin PKR terutama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bimbang jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas berdasarkan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar serta Sungai Besar baru-baru ini.

Mohamed Azmin pemimpin Pakatan Harapan kelihatan paling terdesak dengan situasi buruk yang sedang melanda pakatan pembangkang hingga terpaksa mengumumkan pemberian bonus khas raya kepada seluruh kakitangan kerajaan Selangor bulan lalu.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana pertelagahan yang berlaku akibat beberapa isu akidah Islam yang ditentang oleh PKR dan DAP.

Beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada DAP dan PKR kemudian bertindak keluar parti dan menubuhkan PAN sebagai parti Islam baharu untuk menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpakatan harapanPANPKRpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd