• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Jamil Khir Terhadap NOW

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir untuk membatalkan saman fitnah difailkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu dalam kamarnya atas alasan saman yang difailkan Jamil Khir adalah atas kapasitinya sebagai menteri dan bukan peribadi.

Peguam Razlan Hadri Zulkefli yang mewakili Akmal memberitahu media bahawa Nor Bee memerintahkan Jamil Khir untuk membayar kos sebanyak RM3,000 kepada Akmal.

Razlan berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman fitnah oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. yang memutuskan bahawa personaliti yang dikenali ramai yang memegang jawatan awam tidak boleh memfailkan saman fitnah atas kapasiti rasminya.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Jamil Khir mengesahkan tentang keputusan mahkamah itu dan berkata akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan.

Pada 19 Nov 2015, Jamil Khir memfailkan saman itu terhadap Akmal berhubung dakwaan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau mendakwa Akmal memfitnahnya ketika memberi kenyataan kepada media dan di laman sesawang menggunakan nama NOW pada 13 Nov 2015.

Jamil Khir mendakwa di antara kata-kata fitnah itu adalah berkenaan pembiayaan perjalanan ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli-belah membabitkan kos di antara RM410,978 hingga RM590,000.

Menteri itu juga mendakwa Akmal menerbitkan kata-kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga ia membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa.

Beliau menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya, ganti rugi am, teruk serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya sendiri. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd