• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki India Selamatkan Wanita Selepas Tonton Kabali

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHENNAI – Aura bintang terkenal India, Rajinikanth bukan hanya terserlah dalam lakonan tetapi mampu membakar semangat seorang lelaki berdepan tiga musuh semata-mata untuk menyelamatkan seorang wanita daripada dirogol.

Vasanth Paul, seorang model dan jurugambar, bertindak nekad untuk membantu seorang wanita sebaik sahaja pulang daripada menonton filem itu Sabtu lalu.

Kisah bagaimana lelaki yang berasal daripada selatan Chennai ini menyelamatkan wanita berkenaan daripada dirogol dikongsinya menerusi laman sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai.

“Saya berhenti seketika untuk berehat selepas balik daripada menonton filem Kabali.

“Dalam perjalanan pulang, saya terdengar satu bunyi yang mencurigakan.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi itu datang daripada kucing atau haiwan lain tetapi sebaik hendak beredar saya terdengar suara jeritan meminta bantuan,” katanya.

Ketika itu dia melihat seorang wanita sedang dikepung oleh tiga lelaki yang berusaha untuk menanggalkan pakaiannya. Kemudian Paul menjerit ke arah mereka.

“Ketika berlaku pergelutan seorang daripada lelaki itu menjerut saya dengan tali jut, usaha untuk mengalih perhatian berjaya dan wanita itu sempat melarikan diri.

“Dia berjaya meminta bantuan seorang pemandu yang kemudian membantu saya melawan tiga lelaki terbabit yang kemudiannya melarikan diri,” katanya.

Pada penghujung tulisannya, Paul berkata, pengajaran yang perlu diambil adalah jangan takut berdepan situasi hanya kerana kita seorang.

Jika kita benar seluruh dunia pasti menyokong. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Kabalikes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd