• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Konspirasi: Azwan Bro Akan Dipanggil Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairul Azwan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporannya itu.

“Kita akan memanggil Khairul Azwan bila-bila masa,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp di sini, hari ini.

Semalam, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Susulan itu, semalam Gani menyifatkan dakwaan beliau terbabit dalam konspirasi itu, hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mencari publisiti.

Sementara itu, Abu Kassim yang menghadiri program Bual Bicara Integriti di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini, enggan bertemu wakil media.

Beliau dilihat meninggalkan majlis itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam setengah program itu berlangsung, yang diturut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Pemuda UMNO Johor menegaskan bahawa mereka memandang serius dakwaan yang dibuat Khairul Azwan dan mahu pihak berkuasa segera membuat siasatan.

“Kami percaya saudara Khairul mempunyai asas yang kukuh sebelum membuat laporan polis tersebut.

“Oleh itu, kami mendesak pihak bertanggungjawab khususnya polis supaya melakukan penyiasatan segera bagi membuktikan kebenarannya,” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Hahasrin Hashim dalam kenyataan di sini, hari ini.- BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

Next Post

Hantar Mesej Menyayat Hati Sebelum Maut Nahas

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

Hantar Mesej Menyayat Hati Sebelum Maut Nahas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd