• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Hormati Keputusan Safiq & Aidil Untuk Bersara

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan dua tonggaknya, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Radzak yang mengumumkan persaraan daripada skuad bola sepak kebangsaan.

Mengakui terkejut dengan pengumuman Safiq yang juga ketua pasukan negara serta tonggak pertahanan, Aidil Zafuan, Kim Swee bagaimanapun yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut.

“Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka, kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Pada masa sama, Kim Swee menjelaskan beliau perlu mencari pengganti yang sesuai bagi menggalas tugas skuad Harimau Malaysia pada masa akan datang, sambil menegaskan pemilihan pemain baharu akan dilakukan menerusi baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia, musim ini.

“Bagaimanapun, jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu,” tegas Kim Swee.

Kedua-dua pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membuat pengumuman menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers semalam.

Aidil Zafuan, 28, dari Seremban yang membuat 68 penampilan bersama skuad negara memuat naik kenyataannya terlebih dahulu sebelum Safiq, 29, mengambil tindakan sama kira-kira sejam selepas itu.

Safiq, penjaring terbanyak Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014, membuat 66 penampilan bersama Harimau Malaysia sejak 2007.

Kedua-dua pemain itu berkata mereka mengambil keputusan tersebut bagi memberi laluan kepada pemain muda. – BERNAMA

Tags: Aidil ZafuanOng Kim SweeSafiq RahimSkuad Kebangsaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Rayuan Tangguh Bicara Kes Hasutan Surendran

Next Post

Anggota Imigresen Rasuah Punca Insiden Pengganas – PKR

Related Posts

Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul

Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul

08/05/2024
0

Kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di...

Safiq Cabar Liridon Pamer ‘Taring’ Bersama Harimau Malaya

05/02/2020
0

CYBERJAYA - Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim, mencabar pemain naturalisasi baharu negara Liridon Krasniqi, menjadi ‘taring’ Harimau Malaya bagi...

Next Post

Anggota Imigresen Rasuah Punca Insiden Pengganas - PKR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd