• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes DOJ Bukan Mengenai Ekonomi Malaysia: Irwan

oleh Ahmad Albab
29/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang didakwa diselewengkan, tidak akan menjejaskan penarafan negara, kata Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berkata, malah saman sivil itu bukan mengenai ekonomi.

“Ia tidak kena mengena dengan ekonomi,” katanya ketika menjawab soalan anggota media selepas menutup program perintis Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) di sini, hari ini.

Pada 20 Julai, DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang diperoleh dengan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Ketika ditanya mengenai penurunan taraf Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Tempatan dan Asing Jangka Panjang Petronas kepada ‘A-‘ daripada ‘A’ oleh Fitch Ratings baru-baru ini, Mohd Irwan Serigar berkata, ia adalah ‘perkara sementara.

“Petronas ialah entiti yang menjana keuntungan dan dari segi prestasi ia baik, tetapi disebabkan persekitaran dunia – harga minyak dan sebagainya – ia adalah satu perkara sementara.

“Dari segi pewujudan pekerjaan, Petronas masih mewujudkan peluang pekerjaan, projek Rapid (Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia) masih diteruskan, oleh itu tiada kebimbangan mengenai penarafan pada masa depan,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: DOJEkonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd