• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Dengan Pakatan: Tuan Ibrahim Buat Pusingan U?

oleh Ahmad Albab
14/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man seolah-olah membuat pusingan U berhubung kenyataannya semalam yang menyeru seluruh pemimpin, ahli dan penyokong parti itu kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain.

Beliau kelihatan membuat pusingan U menerusi kenyataan terbarunya hari ini yang menegaskan PAS rela bersendirian jika dasar PAS dipertikai dan ditentang rakan tahaluf seperti yang dilakukan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

“PAS yakin bahawa hanya Islam dapat menjamin keadilan sejagat, keharmonian negara dan memperkasakan perpaduan antara rakyat berbilang kaum seperti yang ada di Malaysia. PAS rugi, jika istiqamah mendaulatkan Islam ini terhenti.

“Seperti yang disebut di artikel yang lepas, perbezaan ini perlu dihormati dan tidak perlu menjadi titik pertikaian. Sejarah membuktikan bahawa PAS rela bersendirian bilamana dasar PAS dipertikai dan ditentang oleh rakan tahaluf,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Kenyataan Timbalan Presiden PAS itu jauh berbeza daripada kenyataannya semalam yang menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri dan kembali bekerjasama bagi menyerang parti Melayu UMNO.

Beliau yang disedari segelintir pihak merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ turut menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan, penghinaan dan fitnah yang pernah dilemparkan oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu jika mahu memperoleh kuasa.

Malah, Tuan Ibrahim memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.

“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” katanya semalam. – Mynewshub.cc

Tags: Tuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

UMNO Akan ‘Makan Kawan’ Bila Semakin Berkuasa, Tuan Ibrahim Beri Amaran

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran Umno akan mengkhianati kawannya apabila parti itu semakin berkuasa....

10 Sasaran KASA Dalam Tempoh 100 Hari – Tuan Ibrahim

07/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menetapkan 10 sasaran untuk dicapai dalam tempoh 100 hari membabitkan fokus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd