• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta ‘Hypercar’ Termahal Dunia Remuk Nahas Di Jerman

oleh
20/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Insiden nahas ini mungkin dianggap sebagai antara rekod kemalangan jalan raya paling mahal di dunia apabila ‘mangsa’ ialah model kereta tertinggi harganya di pasaran antarabangsa.

Media Jerman melaporkan, kereta jenis hypercar terkenal keluaran firma automotif sportcar berkuasa tinggi terbaik buatan Sweden iaitu Koenigsegg terlibat dalam nahas di Nurburging, kira-kira 657 kilometer dari sini.

Lebih malang, akhbar turut mendedahkan, kemalangan tidak dijangka ini berlaku ketika syarikat kereta mewah berusia 22 tahun tersebut sebenarnya sedang menguji pandu model bernilai £4 juta (kira-kira RM21 juta) itu.

Kereta hypercar terbaharu model Agera Final keluaran Koenigsegg itu dianggap sebagai ‘megacar’ yang pertama seumpamanya di dunia dengan hanya ada tiga buah dan dikatakan mampu memecut lebih 400 kilometer sejam.

Kereta 'Hypercar' Termahal Dunia Remuk Nahas Di Jerman
Koenigsegg model Agera Final. (Gambar Hiasan)

Pemandu kereta berkenaan didakwa hilang kawalan di kawasan trek yang sering digunakan pelbagai kereta sportcar untuk menguji kelajuan mereka sebelum terbabas ke penghalang jalan dan akhirnya memasuki laluan bertentangan.

Nahas mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan sisi kereta itu, namun pihak Koenigsegg dalam satu kenyataan media mengesahkan pemandu tersebut selamat dihantar ke sebuah hospital berhampiran.

Akhir tahun lalu seorang lelaki China berusia 26 tahun ‘meranapkan’ sebuah kereta Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (kira-kira RM16 juta) di bandar Chongqing, iaitu 1,766 kilometer dari ibu negaranya, Beijing.

Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan kereta paling mahal di China dan lebih teruk, pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan pihak polis kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JermanKoenigseggSweden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Seorang bilionair Sweden dilaporkan menyumbang dana besar bagi membantu kanak-kanak terjejas di Gaza, sekali gus mencuri perhatian dunia...

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd