• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu Individu Dinamakan DOJ Bersihkan Nama

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mengambil serius laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.

“Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

“Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa 1MDB sering menjadi bahan celaan walaupun telah menghabiskan ratusan juta ringgit menjayakan program-program sosial dan kemasyarakatan sejak penubuhannya.

Menjadikan program tajaan haji sebagai contoh, Perdana Menteri berkata bagaimanapun setiap apa yang dilakukan itu akan dipastikan prinsip kebertanggungjawaban menjaga harta rakyat tidak diabaikan sama sekali.

Najib berkata usaha memantapkan 1MDB akan terus dilakukan malah yakin serta percaya kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata program tajaan haji yang diilhamkannya sejak 2011 berjaya menghantar seramai 4,611 jemaah, yang merupakan menifestasi penghargaan kerajaan kepada golongan imam, JKKP dalam memainkan peranan memartabatkan syiar Islam di peringkat akar umbi.

Najib berkata sebanyak RM10.4 juta telah diperuntukkan Yayasan 1MDB bagi menjayakan program tersebut sepanjang tempoh itu.

Najib berkata kerajaan di bawah pimpinannya komited melaksanakan tanggungjawab meninggikan syiar Islam berpandukan prinsip Maqasid Syariah.

Kepada bakal jemaah haji, Perdana Menteri berharap mereka dapat menggunakan kesempatan itu mendoakan kesejahteraan negara agar terhindar daripada tohmahan, selain berdoa untuk diri sendiri.

“Selain doa untuk diri sendiri, doa yang dipesan orang lain…harap tolong juga doakan untuk kebaikan negara semasa di Arafah dan Masjidil Haram yang afdal untuk berdoa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatDOJNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd