• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Cadang Naikkan Caj Kapal Pukat Tunda

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kerajaan bercadang untuk menaikkan caj fi kapal pukat tunda milik syarikat perikanan tempatan sebagai usaha menjanakan pendapatan bagi tujuan Penyelidikan dan Pembangunan perikanan laut dalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, industri perikanan laut dalam setakat ini masih belum memberikan pulangan sewajarnya kepada kerajaan sejak ianya mula dilancarkan pada tahun 1980-an.

Katanya, oleh itu kerajaan bercadang meningkatkan kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan dalam industri perikanan laut dalam dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi tujuan itu daripada pengusaha bot pukat tunda itu sendiri.

“Fi yang dikenakan sekarang adalah terlalu rendah iaitu sebanyak RM3,000 setahun sedangkan pendapatan dan keuntungan yang dinikmati oleh pengusaha bot pukat tunda itu adalah lumayan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Sidang Kemuncak Perikanan Wilayah Asia Tenggara dan Pasifik di sini semalam.

Katanya, kewajaran untuk menaikkan fi bot pukat tunda industri perikanan laut dalam adalah satu perniagaan yang lumayan dan para pengusahanya tidak dikenakan cukai hasil tangkapan kepada kerajaan.

Ahmad Shabery berkata, malah kerajaan memberi subsidi kepada nelayan laut dalam yang mendaratkan hasil tangkapan mereka di negara ini.

Katanya, bagaimanapun kerajaan mendapati pemilik kapal pukat tunda sering menggunakan awak-awak dari negara asing dan mendaratkan hasil tangkapan mereka di negara jiran untuk mendapatkan keuntungan lebih.

“Pemilik kapal pukat tunda ini sering menggunakan awak-awak luar dan mereka mendarat hasil tangkapan di negara lain. Mereka juga tidak mengisyhtiharkan hasil tangkapan sebenar kepada kerajaan dan ini adalah sesuatu yang mengecewakan,” katanya.

Beliau berkata, jika perkara seperti itu berterusan, ianya menjejaskan usaha kerajaan untuk melahirkan nelayan laut dalam tempatan yang profesional. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd