• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN, SKMM Pantau Dan Sekat Akhbar Daesh

oleh
12/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan tindakan tegas kepada pengeluar dan pengedar akhbar berbahasa Melayu, Al Fatihin dipercayai terbitan Daesh kerana haram di sisi undang-undang.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka (pengeluar dan pengedar).

“Kami (KDN) akan mengenal pasti pengeluar dan pengedar terlebih dahulu bagi mendapat maklumat dari mana mereka mendapatkan akhbar tersebut (Al Fatihin) untuk diedar di negara ini.

“Akhbar ini tidak mungkin diimport kerana Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memantau segala bentuk penerbitan yang dibawa masuk ke Malaysia.

“Maka kami akan siasat pengedaran sama ada dalam bentuk penerbitan atau muat turun di Internet,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan kumpulan pengganas Daesh memperluaskan usaha menarik pengikut baharu menerusi penyebaran dakyah sesat itu di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina dan selatan Thailand menerusi akhbar tersebut.

KDN, SKMM Pantau Dan Sekat Akhbar Daesh
Petikan akhbar Fatihin terbitan militan Daesh edisi Asia tenggara.

Akhbar keluaran pertama setebal 20 muka surat itu dilancarkan di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungannya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.

Nur Jazlan berkata mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 kerana tidak mempunyai lesen mesin cetak atau permit penerbitan.

Katanya, penerbitan seumpama itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat namun memudaratkan keselamatan dan menggugat keharmonian negara.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun meminta KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran akhbar itu secara atas talian supaya tidak boleh diakses rakyat Malaysia.

Beliau berkata siasatan PDRM setakat ini mengesyaki sebuah laman Facebook dan Twitter yang memuat naik risalah itu beroperasi di Filipina, yang dipercayai diuruskan warga Indonesia dan Malaysia.

“PDRM meminta kerjasama pihak negara berkaitan supaya menyalurkan maklumat bagi mengesan mereka yang mendalangi kegiatan itu,” katanya.

Mohamad Fuzi menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan Daesh dan akan mengesan mereka yang terlibat.

Beliau berkata polis sentiasa memantau media sosial kendalian kumpulan militan itu yang bertujuan menyebarkan dakyah sesat mereka.

Sementara itu, SKMM menyatakan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam usaha menangani penyebaran bahan mahupun maklumat berkaitan Daesh yang mampu mengganggu gugat keselamatan negara.

Sehubungan itu, SKMM akan menyekat penyebaran bahan-bahan yang dimaksudkan selepas mendapat permintaan daripada PDRM serta memberikan kepakaran teknikal dan forensik yang diperlukan.

“Pada masa yang sama, SKMM juga akan menyalurkan maklumat siasatan kepada PDRM bagi melicinkan proses siasatan dan tindakan ke atas mereka yang terbabit,” menurutnya dalam satu kenyataan.

SKMM juga menyeru orang ramai supaya melaporkan sebarang laman sesawang yang mencurigakan kepada suruhanjaya itu untuk tindakan selanjutnya. – Bernama/HAA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd