• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Dan Remaja Lelaki Mati Lemas Di Alam Impian

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak dan seorang remaja lelaki dijumpai mati lemas dalam sebuah tasik di Alam Impian, Seksyen 35, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian pukul 1 petang itu, kedua-dua pelajar berkenaan bersama empat lagi rakan mereka pergi ke kawasan tasik tersebut secara berbasikal dari Taman Sri Muda, di sini untuk bermain bola sepak.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak itu, Mohd Anif Izwan Abdul Rasid, 11, dan remaja berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mohd Faiz, 13, dipercayai lemas ketika cuba mengambil bola yang tertendang ke dalam tasik itu semasa mereka sedang bermain.

“Mohd Anif Izwan merupakan murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seri Muda 1 manakala tiada dokumen pengenalan diri dikesan pada Mohd Faiz dan hanya diketahui ibunya adalah warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata mayat Mohd Anif Izwan dijumpai kira-kira pukul 1.45 petang manakala Mohd Faiz ditemui pada 3.30 petang tidak jauh dari tempat mangsa pertama dikesan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor.

Shafien berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Sekolah Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Kokol

Next Post

Ikram Kutuk Cubaan Rampasan Kuasa

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

Ikram Kutuk Cubaan Rampasan Kuasa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd