• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Tolak Cadangan Visa Timur Tengah

oleh AK-47
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini sebulat suara menolak cadangan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji semula pemberian visa kepada pelancong dari negara-negara rantau Timur Tengah.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, terdapat empat sebab utama kabinet menolak dan terdapat langkah penguatkuasaan lain yang boleh digunakan selain mengkaji semula pemberian visa.

“Kabinet telah membuat keputusan untuk menolak cadangan untuk mengkaji semula kaedah kemudahan pemberian visa kepada warga negara dan negara-negara Timur Tengah seperti yang dicadangkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas sebab-sebab berikut.

“Pertama, dalam soal ancaman kumpulan militan Daesh ini, isu sebenarnya ialah penguatkuasaan. Jadi kita perlu memperketatkan tapisan bagi mereka yang memasuki negara kita daripada negara-negara dari Timur Tengah.

Kabinet Tolak Cadangan Visa Pelancong Timur Tengah

“Kedua, ancaman pengganas bukan dari rantau itu sahaja dan ia datang dari pelbagai arah. Bermakna kalau kita berkeras juga, ianya bermakna kita pemberian visa untuk semua negara perlu dikaji semula kerana kita rasa tidak adil cadangan itu hanya membabitkan pelancong dari negara Asia Barat.

“Lihat saja ancaman Daesh di Sabah yang ‘kepalanya’ adalah daripada militan di Filipina, lihat juga pengaruh Daesh yang turut dibawa daripada negara-negara Eropah.

“Yang ketiga adalah pengkajian semula pemberian visa ini melibatkan perjanjian dua hala, maka Malaysia tidak boleh membuat keputusan sendiri, tetapi mesti dibincang secara dua hala, dengan negara-negara berkenaan.

“Serta keempat, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dan erat dgn negara-negara sahabat di timur tengah, dan pengkajian semula pemberian visa ke atas negara-negara ini mungkin boleh menjejas hubungan baik dengan negara sahabat ini, yang semuanya merupakan negara OIC.”

Nazri berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) setelah menerima keputusan perbincangan kabinet, di sini hari ini.

Malah katanya, negara seperti Thailand dan Perancis yang dilanda beberapa insiden letupan sebelum ini tidak pernah mengambil langkah demikian atas faktor keselamatan.

Sebelum ini, Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa warga asing untuk rakyat dari negara Asia Barat bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Daeshkabinetkementerian pelanconganNazri AzizVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd