• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Bincang Beri Visa Kepada Rakyat Asia Barat Esok

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji secara terperinci cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kerajaan mengenakan visa warga asing ke atas pelancong dari Asia Barat bagi mengekang ancaman militan Daesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok untuk mendapatkan pandangan jemaah menteri terutama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Ini kerana mereka (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) mempunyai matlamat untuk menarik pelancong asing dari negara Asia Barat, tetapi pada masa sama kita tidak boleh berkompromi soal kawalan keselamatan negara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2016 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahad lepas, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa warga asing untuk rakyat dari negara Asia Barat bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Alias berkata setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kaedah lain mungkin wajar difikirkan untuk mengekalkan atau menidakkan kemasukan pelancong dari Asia Barat tanpa menjejaskan elemen keselamatan.

“Kami akan menggunakan semua talian komunikasi untuk memantau (ancaman militan Daesh) sebelum adanya keputusan mengenai keperluan meminta pelancong asing dari Asia Barat memohon visa untuk datang ke negara ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang erat dengan Polis Antarabangsa, Polis ASEAN serta mempunyai hubungan rapat dengan semua Jabatan Imigresen di seluruh dunia termasuk dari negara Asia Barat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kabinetMKNVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd