• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabali Sekadar Filem Fiksyen, Usah Cetus Kontroversi

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Filem ‘Kabali’ dibintangi pelakon handalan filem Tamil, Rajinikanth hanya sekadar filem fiksyen yang perlu dilihat sebagai hiburan semata-mata dan sebarang kontroversi cuba dicetuskan tidak seharusnya berlaku, kata Anggota Majlis Tertinggi MIC Datuk P. Kamalanathan.

Kamalanathan yang menyaksikan tayangan perdana filem itu malam Khamis lepas, berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan menyatakan kedudukan bangsa India diperlekeh menerusi skrip para pelakon filem itu, yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia.

“Ini filem fiksyen dan hanya diambil sebagai cerita. Kebenarannya, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menambah baik masyarakat India dan agenda memartabatkan dan memperkasa pembangunan masyarakat India akan diteruskan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pertandingan Tendangan Penalti anjuran Persatuan Sinergi Malaysia (SINERGI) di sebuah padang bola sepak di Bestari Jaya, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Melayu hari ini, yang antara lain melaporkan dialog Rajinikanth dalam filem itu mengecewakan apabila mendakwa bangsa India di negara ini ditindas oleh kaum-kaum lain.

Kamalanathan yang juga timbalan menteri pendidikan berkata masyarakat India perlu sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional membuat yang terbaik untuk masyarakat itu termasuk membina sekolah-sekolah baharu bagi mereka.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan mencadangkan agar Pertandingan Tendangan Penalti yang julung kali diadakan oleh SINERGI, diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.

Beliau turut memuji pasukan sukarelawan SINERGI apabila menempa nama dalam Malaysia Book of Records hari ini atas inisiatif mengusahakan dan mencipta Piala Tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 4.8 meter yang menjadi ikon negara bagi semua kategori sukan dan permainan.

Piala itu yang diberi nama Piala SINERGI diperbuat daripada logam yang disadur dengan perak, kayu, besi dan aluminium mencecah hampir separuh daripada ketinggian Piala Tertinggi di Dunia yang direkodkan dalam Guinness World Records pada 2015 di India. – BERNAMA

Tags: Kabali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabali Kutip RM12 Juta Dalam Tempoh Seminggu

03/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Filem 'Kabali' yang dibintangi legenda filem Tamil, Rajinikanth bagai 'pisang goreng' panas dengan kutipan jualan tiket di...

Lelaki India Selamatkan Wanita Selepas Tonton Kabali

27/07/2016
0

CHENNAI - Aura bintang terkenal India, Rajinikanth bukan hanya terserlah dalam lakonan tetapi mampu membakar semangat seorang lelaki berdepan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd