• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Diminta Tidak Sembunyi Penyakit

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bakal jemaah haji diminta tidak menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan Tabung Haji (TH) sebelum berlepas dan semasa berada di Tanah Suci.

Anggota Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata soal kesihatan tidak boleh dipandang ringan kerana pelaksanaan rukun Islam kelima itu memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani.

Malah 22,320 bakal jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijangka berhadapan dengan cuaca panas sehingga mencecah 50 darjah celcius yang boleh mengakibatkan serangan strok haba, katanya.

“Apa jua penyakit walaupun demam, sila jujur dengan kami. Ada jemaah yang suka tangguh untuk beritahu (penyakit) kerana takut peluang mereka beribadat sebaik-baiknya di Tanah Suci terjejas jika diketahui TH.

“Sedangkan kita telah melakukan semua persiapan untuk menjaga kebajikan mereka termasuk menyediakan lebih 200 doktor dan pegawai perubatan di sana dengan setiap maktab dilengkapi klinik,” katanya.

Abdul Shukor berkata demikian semasa ditemui pada Kursus Perdana Haji peringkat negeri di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini malam tadi, yang disertai 1,200 jemaah haji dari Pahang.

Kursus itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Abdul Shukor berkata pusat kesihatan itu beroperasi 24 jam bagi memastikan kesihatan jemaah diutamakan dan TH juga menyediakan klinik gigi selepas mengambil kira permintaan orang ramai.

“Jika tidak sihat semasa melakukan ibadah, jemaah boleh meminta bantuan petugas TH termasuk pelajar Malaysia yang dilantik secara sambilan pada musim haji.

“Kita juga telah meletakkan seramai 10 peronda TH di setiap kawasan yang akan menaiki motosikal untuk memudahkan pergerakan mereka. Yang penting, jangan panik jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Abdul Shukor juga menasihatkan bakal jemaah tidak membawa terlalu banyak wang tunai ke Tanah Suci kerana kemudahan mengeluarkan wang disediakan TH bagi memastikan mereka dapat melaksanakan haji tanpa bimbang dengan keselamatan diri.

Beliau berkata selain kesihatan, jemaah juga perlu berjumpa TH jika mempunyai sebarang kemusykilan dalam soal ibadat kerana selain ustaz dan ustazah, TH juga mempunyai tiga pakar rujuk yang diketuai bekas mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd