• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Fatwa Terengganu: Vaksin Halal, Perlu Diambil

oleh Ahmad Albab
09/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan bahawa umat Islam di negeri itu perlu mengambil suntikan vaksin kerana ia suatu proses pencegahan terhadap penyakit yang boleh membawa kemudaratan pada masa depan.

Ketetapan itu dibuat semasa Jawatankuasa Fatwa Negeri bermesyuarat pada 29 Jun lalu yang dipengerusikan Mufti negeri Datuk Dr Zulkifly Muda dan memutuskan bahawa bahan vaksin yang ada dalam suntikan imunisasi kanak-kanak adalah halal.

“Ini berdasarkan keterangan pakar-pakar kesihatan yang dijemput khas untuk memberi penjelasan mengenainya,” kata Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, masyarakat Islam di Terengganu digesa supaya tidak menolak suntikan vaksin dan tidak perlu risau terhadap kandungan bahan dalam vaksin berkenaan, kata jawatankuasa itu.

Suntikan itu juga sebagai satu benteng kesihatan masyarakat umumnya kerana difahamkan sekiranya sebahagian orang sahaja mengambilnya sedangkan yang lain tidak, kemungkinan keberkesanan suntikan vaksin yang telah akan berkurangan.

Jawatankuasa itu juga berpendapat sekiranya kanak-kanak tidak diberi suntikan imunisasi itu, sehingga pasti membawa kepada kemudaratan pada nyawa dan fizikal, maka mengambilnya pada ketika itu menjadi wajib.

“Jawatankuasa juga ingin menyarankan kepada masyarakat Islam di Negeri Terengganu supaya tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah yang mengatakan bahawa suntikan itu sebagai satu agenda Yahudi untuk melemahkan orang-orang Islam.

“Ini kerana tiada bukti tentang perkara itu, bahkan difahamkan bahawa masyarakat Yahudi pun juga mengambil suntikan itu,” kata jawatankuasa berkenaaan.

Masyarakat Islam di Terengganu juga diingatkan bahawa kesan sampingan hasil suntikan itu amatlah minimum dan bersifat sementara serta ia tidak menjalar kepada kerosakan fizikal dan mental manusia. – BERNAMA

Tags: fatwaTerengganuvaksin halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd