• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu ‘Curi’ Identiti, Seludup Masuk Pesawat

oleh AK-47
02/07/2016
dalam Hangat, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH ini dikongsikan seorang individu bernama Patrick Sibat Sujang melalui Facebook miliknya berkisarkan pengalaman seorang doktor mendakwa seseorang individu yang tidak dikenali telah mencuri identitinya.

Si pencuri itu malah berjaya mendaftar masuk ke dalam pesawat yang akan dinaikinya. Menurut posting itu, mangsa adalah Dr. Kho Wee Ming yang akan berlepas ke Kuching dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Berdasarkan kisah yang dikongsi oleh Patrick, pada hari penerbangan, Kho Wee Ming agak terlambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun dia telah mendaftar masuk tanpa sebarang bagasi secara atas talian.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Ketika mahu memasuki pesawat, kakitangan yang bertugas memaklumkan bahawa ‘doktor’ telah masuk ke dalam pesawat. Dakwaan kakitangan itu membuatkan doktor yang sebenar itu binggung.

Tambah suspen lagi, individu warganegara China yang tidak dikenali itu mengambil tempat duduk Kho Wee Ming dengan membawa dua buah beg menggunakan namanya.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Warga China bertindak meniggalkan pesawat itu setelah Kho Wee Ming dan beberapa kru pesawat itu meminta pengenalan dirinya.

Kakitangan MAB memberi jaminan kepada Kho Wee Ming bahawa pihaknya akan menyiasat insiden terbabit.

“Bayangkan, pesawat tetap berlepas dengan dua bagasi yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu walaupun menggunakan nama orang lain?” soalnya.

Tiba di lapangan terbang, Patrick berkata doktor itu membuat laporan polis. Namun sehari selepas kejadian, doktor itu telah diminta untuk menuntut dua bagasi tersebut.

Bagaimanapun, doktor berkenaan enggan berbuat demikian. Sekali lagi laporan polis dibuat.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Patrick berharap, pihak MAS dan terutamanya Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menyiasat kejadian itu kerana apa yang berlaku itu sangat serius dan telah melanggar polisi keselamatan.

“Bayangkan, identiti pengenalan diri anda dicuri orang lain? Kemungkinannya tiada batasan dan akibat daripada perbuatan ini akan mengubah hidup seseorang sama sekali.

“INI PASTI KERJA ORANG DALAM,” luahnya tidak puas hati. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga, Bekalan Makanan Terkawal Musim Raya Ini

Next Post

Tiada Bom Di Puchong Permai – Polis

Related Posts

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

Next Post

Tiada Bom Di Puchong Permai - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd