• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Buka Pusat Sementara Ganti Beg Udara

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia akan membuka tiga pusat servis sementara dan 24 hab mudah alih bagi membantu melancarkan lagi usaha rangkaian pengedarnya menggantikan beg udara Takata pada kenderaan terbabit.

Lokasi hab berkenaan adalah di 401, Jalan Dato’ Keramat, Georgetown, Pulau Pinang (wilayah utara); Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. di Petaling Jaya (hab wilayah tengah) dan Oriental Assemblers Sdn. Bhd. (wilayah selatan).

“Kesemua hab ini akan beroperasi pada 1 Ogos, 2016 sehingga 30 Sept, 2016, dan dibuka dari jam 8 pagi-7 malam selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Para pelanggan berkaitan boleh menghubungi nombor telefon bebas tol Honda 1-800-88-2020 bagi mendapatkan tarikh temu janji mereka dengan mana-mana hab servis itu.

Selain itu, sebanyak 24 hab mudah alih akan turut dibuka di 21 stesen servis Petron dan tiga lokasi ‘Honda Family Road Trip’ pada 5 Ogos, 2016 sehingga 25 Sept, 2016 yang beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi hingga 7 malam.

Sementara itu, pelanggan terbabit juga akan dibayar pampasan RM50 sehari bagi sepanjang tempoh kereta yang tidak dapat digunakan kerana menunggu waktu penggantian beg udara berkenaan.

Sehubungan itu, mereka yang terbabit dinasihatkan untuk mendaftar dengan Honda Malaysia di www.productrecall.honda.com.my bagi tujuan itu.

“Tempoh pampasan itu bermula pada 28 Julai, 2016 hingga 31 Ogos, 2016,” katanya.

Honda Malaysia akan terus memaklumkan para pelanggannya mengenai kepentingan menggantikan beg udara bagi kenderaan terbabit.

“Pemilik kenderaan Honda yang terbabit dengan arahan panggilan balik bagi tujuan penggantian beg udara itu dinasihatkan untuk memastikan kenderaan mereka diperiksa dan bahagian berkenaan diganti di mana-mana rangkaian pengedar sah Honda secepat mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Honda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd