• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Smart Reader Perjelas Video Tengking Murid

oleh AK-47
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN video aksi seorang guru di sebuah pusat pendidikan prasekolah menengking murid secara keterlaluan sehingga mengundang pelbagai tohmahan negatif khasnya golongan ibu bapa, guru wanita terbabit tampil memberi penjelasan.

Memetik pautan video yang dimuat naik di laman Facebook Smart Reader Kids, guru wanita tersebut yang dikenali sebagai Teacher Lee memohon maaf dan menyatakan sebab utama mengapa dia memarahi dengan nada yang lantang.

Kaitan: Video: Budak Nangis Teresak-Esak Ditengking Cikgu Tadika

Menurut Lee, tindakannya itu adalah kerana ingin mendidik anak muridnya itu selepas salah seorang daripadanya terlibat dalam satu pergaduhan di dalam kelas.

Dia yang juga merupakan guru disiplin di pusat didikan tersebut turut meluahkan rasa kesal ekoran segelintir pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar menuduhnya sebagai individu tidak berperikemanusian, walhal tindakannya itu adalah demi kebaikan murid berkenaan.

Kami terjemahkan kepada Bahasa Melayu agar ia memudahkan pembaca memahami penjelasannya.

“Sayalah guru yang dirakam di dalam video. Saya memohon maaf kerana mungkin suara saya terlalu lantang bila saya memarahi anak-anak didik. Tetapi ingin saya katakan, saya cuba melakukan yang terbaik untuk mendidik mereka tentang apa yang baik dan buruk. Dan lelaki terbabit tidak memberikan saya peluang untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu. Saya cuba melindungi anak-anak didik di sini yang juga sebagai ibu mereka.

“Saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya. Dan lelaki itu datang ke sini begitu saja. Dia lelaki dan saya perempuan, saya perlu melindungi diri saya dan anak-anak didik.

“Di sini, semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka mengenali saya sebagai guru disiplin. Saya terpaksa bertindak demikian dan dengan cara itu kita dapat mengawal mereka dan berkelakuan baik.

“Mungkin suara saya terlalu lantang, tetapi adakah perbuatan menumbuk murid yang lain itu satu perbuatan yang betul? Mungkin mereka bermain tetapi kebanyakan insiden mula berlaku dari saat mereka bermain. Saya perlu mengelakkan perkara seperti ini berlaku untuk melindungi kanak-kanak yang lain. Saya tidak mahu mereka mendapat sebarang kecederaan semasa berada di tempat ini.

“Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sini kerana mereka percaya pada kami. Mereka tahu kami berkemampuan mendidik anak-anak mereka dengan baik. Dan bila di sekolah, sayalah guru dan juga sebagai ibu yang menjaga dan mendidik mereka. Kami perlu memberitahu mereka tentang apa yang baik dan apa yang buruk.

“Saya tidak tahu mengapa lelaki itu datang ke sini dan langsung tidak memberi peluang untuk saya berikan penjelasan. Saya ada cuba memberikan penjelasan namun dalam video itu tidak ditunjukkan.

“Saya benar-benar sedih. Saya berikan usaha yang terbaik dalam bidang didikan kanak-kanak ini, namun apa yang saya dapat? Seorang individu datang menerjah kami dan merakam video tanpa mendengar sebarang penjelasan kami.

“Selepas kejadian ini berlaku, saya sentiasa berfikir, apakah tindakan saya tempoh hari adalah tidak betul? Saya ajak anak-anak didik agar jangan menumbuk rakan mereka yang lain, adakah itu tidak betul?

“Banyak jenis pekerjaan di luar sana, tetapi mengapa saya memilih untuk menjadi guru? Sebab saya suka kanak-kanak dan mahu mendidik mereka. Saya berasa selesa bila dapat mendidik mereka. Kenapa saya tak jadi kerani saja meskipun gaji saya kini sama saja dengan jawatan itu? Dan sebagai kerani, hanya perlu menghadap boss saja. Namun sebagai guru, anak-anak didik akan membuatkan anda marah dan anda perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka.

“Saya sedih tetapi saya rasa dihargai bila ada segelintir ibu bapa yang menghantar mesej kepada saya mengatakan mereka menyokong saya. Saya tidak tahu mengapa lelaki ini memuat naik video terbabit untuk merosakkan hidup saya dan pusat didikan ini. Saya rasa bersalah kerana perkara ini telah mendatangkan masalah terhadap majikan dan pihak HQ Smart Reader.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Guruvideo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda PAS Seru Umat Islam Bantah Konsert Selena Gomez

Next Post

APMM Timur Kendali 304 SAR Libat 1,033 Mangsa Sejaka 2006

Related Posts

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post

APMM Timur Kendali 304 SAR Libat 1,033 Mangsa Sejaka 2006

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd