• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU (Pulau Pinang) – Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka, menyebabkan penerbangan AirAsia Indonesia dari Pulau Pinang ke Jakarta tertangguh dua jam, semalam.

Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.

Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Anuar Omar.

Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.

“Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung.

“Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kawan dan Wahyuningsih didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10(3) Akta Penerbangan Awam.

Mereka mengaku bersalah dan Kawan didenda RM1,000.

Polis merampas pasport dan semua barangan mereka untuk siasatan lanjut, kata Anuar.

“Kami mahu orang ramai tahu, melakukan ugutan bom di lapangan terbang, terutama dalam penerbangan, adalah kesalahan serius memandangkan kita kini menghadapi banyak ancaman, terutama daripada kumpulan pengganas seperti IS (Daesh),” katanya.

Anuar berkata ia merupakan ugutan bom ketiga di lapangan terbang tahun ini, dan semua kesalahan itu dilakukan warga Indonesia. – BERNAMA

Tags: AirAsia IndonesiaBom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

34 GRO Rakyat Asing Ditahan Di Pusat Hiburan Di P.Pinang

Next Post

JPN Nafi Program Tukar MyPR kepada Mykad

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

Next Post

JPN Nafi Program Tukar MyPR kepada Mykad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd