• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan UiTM Ini Sanggup Kerja Cleaner Bersama Ibu

oleh AK-47
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KITA sering mendengar rungutan pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia mengeluh kerana sukar mendapat pekerjaan. Ada yang memakan masa bertahun lamanya menunggu peluang yang ada kepada mereka.

Namun tidak bagi seorang graduan ini apabila membuktikan budaya ‘tidak memilih’ dan kesanggupan belajar merupakan kunci untuk keluar dari senarai kelompok penganggur.

Ain Farhana, pelajar lepasan jurusan Diploma Geomatik dalam bidang Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak memberi inspirasi kepada masyarakat apabila dia memilih untuk bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya sebelum ditawarkan pekerjaan tetap sebagai Pembantu Teknikal di Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL).

Kisah kegigihan gadis ini dimuat naik di laman Facebook Human of Kuala Lumpur semalam dan mendapat perhatian luas netizen sehingga menerima lebih daripada 13,000 perkongsian.

Jom ikuti kisahnya agar ia dapat dijadikan motivasi buat golongan graduan di luar sana!

Graduan UiTM Ini Sanggup Kerja Cleaner Bersama Ibu

Sebelum bekerja sebagai pembantu teknikal di sini, saya bekerja sebagai cleaner bersama ibu. Dalam sebulan, dapatlah gaji RM900. Saya selalu dilemparkan dengan komen-komen negatif dari rakan-rakan yang memberitahu yang saya tidak patut bekerja di sini. Lebih-lebih lagi bila saya baru saja memperolehi Diploma Geomatik dalam bidang sains (Geographical Information System) dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

Kemudian, saya ditawarkan bekerja di Damansara sebagai Pembantu Teknikal untuk syarikat Acoustics. Di sana, saya bekerja lebih kurang sebulan dan apabila saya berhasrat mahu berhenti, majikan tidak mengizinkan.

Katanya, tarikh lahir saya padan dengan Feng Shui syarikat mereka. Lalu beliau menawarkan sebuah kereta dan berapa saja amaun gaji yang saya minta.

Masalahnya, saya tidak mempunyai mentor untuk belajar tentang pekerjaan di situ. Dan kita tidak akan ikhlas bekerja jika kita tidak gembira dengan keadaan dan tuntutan kerja di sesuatu tempat itu. Saya menolak kerja tersebut dan menjadi cleaner di RapidKL.

Semua ‘orang atas’ terkejut bila mana seorang graduan universiti sanggup bekerja sebagai cleaner, menyapu lantai, mencuci tandas dan mengutip sampah. Tetapi, jika ibu saya boleh melakukan kerja-kerja seperti ini untuk hidup, apa yang membuatkan anda fikir anda tidak boleh melakukannya?

Sekurang-kurangnya saya merasa apa yang ibu saya lalui setiap hari dalam dunia pekerjaannya bagi menanggung pendidikan saya sehingga ke universiti.

Suatu hari ibu saya datang kepada saya dan berkata yang boss mahu saya terus bekerja di sini. Saya pergi temuduga dan alangkah bertuah dan bersyukurnya saya menjadi Pembantu Teknikal di sini hari ini.

Saya bekerja di bahagian pentadbiran yang mengendalikan kerja-kerja penambahbaikan berat dan ringan kereta api, dan merupakan perlahiran lengkap dari belajar GPS dan satelit, serta perlu mengetahui alatan seperti brake caliper, mesin-mesin, PCU (Passenger Communications Unit), EHU dan juga memegang sepanar!

Saya mempunyai rakan-rakan dalam senarai anugerah dekan dan pelajar cemerlang. namun kesemua mereka masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Mereka sentiasa bertanya pada saya, bagaimana saya memperolehi kerja tersebut.

Selain dari rahmat Tuhan, ia benar-benar bergantung kepada usaha dan kesanggupan untuk belajar. Anda perlu keluar dari zon selesa dan teruskan pencarian. Anda perlu menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan orang-orang baru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: graduanPelajar UniversitiUiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Marin Rampas 78,000 Bungkus Rokok Lebih RM30k

Next Post

Pesara TLDM Maut, Motor Rempuh Lori

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

Next Post

Pesara TLDM Maut, Motor Rempuh Lori

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd