• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Giliran Presiden PAS Kena Serang

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP memperingatkan orang ramai khususnya umat Islam Malaysia bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama yang sangat bongkak dan cuba bertindak seperti Tuhan dalam urusan negara ini.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, Abdul Hadi menonjolkan sifat buruk itu apabila menyindir umat Islam yang tidak menyokong Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah di Parlimen.

Kata beliau, kenyataan Abdul Hadi Awang kononnya setiap umat Islam Malaysia wajib menyokong usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah turut menunjukkan seolah-olah RUU yang dibentangkan PAS itu setaraf dengan hukum Allah.

“Menurut Hadi, ‘Kalau dia (orang Islam) tak nak naikkan taraf mahkamah dia, apa guna dia jadi orang Islam’. Kenyataan ini amat bongkak sekali kerana mengandaikan seolah-olah RUU yang dikemukakannya adalah setaraf dengan hukum Allah yang kudus,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi pada Mei lalu membentangkan RUU persendirian iaitu pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Tegas Zairil, RUU bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah itu bukan hukum Allah tetapi bancuhan yang sudah melalui pentafsiran manusia.

“Segala yang terkandung dalam kitab al-Quran adalah sempurna dan tidak boleh dipinda, tidak sebagaimana perundangan manusia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd