• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji RM2,000 Tak Patut Beli Perodua Bezza – Harith

oleh AK-47
28/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada Perodua kerana berjaya mengeluarkan model terbaharu Perodua Bezza yang amat menepati cita rasa dan keperluan rakyat Malaysia.

Berbeza dengan keluaran sebelum ini yang mana ianya adalah ‘re-badged’ daripada model keluaran Daihatsu, Perodua Bezza adalah model pertama Perodua yang direka sepenuhnya oleh syarikat tempatan ini.

Kami telah melihat secara dekat dan apa yang boleh dikatakan, kualiti dan keluasan kabin Perodua Bezza adalah sangat terbaik serta harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

Sebut mengenai harganya, seorang netizen, Harith Faisal melontarkan pandangannya berkenaan keluaran terbaharu model Perodua ini.

Pandangan pemuda ini tidak mewakili pandangan kami. Namun jika difikirkan secara baik, adalah perlu seseorang itu mengambil kira faktor kewangan dan kemampuan diri sebelum membeli kereta.

Jom baca perkongsian ilmu dari Harith Faisal ini dan semoga ia bermanfaat serta menjadi panduan kepada anak-anak muda untuk membeli rumah terlebih dahulu.

Gaji RM2,000 Tak Patut Beli Perodua Bezza - Harith

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Bezza lagi. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, patut beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Bezza, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Bezza kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Bezza, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Bezza yang paling murah. RM37,300 / 12 = RM3,108. Ouh, gaji kena RM3,108 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Bezza, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, ‘Bro, bagi gua Bezza satu, bungkus ikat tepi’. Haha. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bezzaharga keretaPerodua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Terpegun – Abang Polis Jadi Hulk…Kepak Pintu Bezza Camtu Aje

Netizen Terpegun – Abang Polis Jadi Hulk…Kepak Pintu Bezza Camtu Aje

19/12/2025
0

Video Tular Cetus Pelbagai Reaksi Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat mengepak pintu...

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd