• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fiesta Durian Sebagai Acara Tahunan Setiap Ogos

oleh Ahmad Albab
30/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Fiesta Durian Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi merancakkan lagi industri pengeluaran durian dan buah-buahan tempatan di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata acara tahunan tersebut akan diadakan pada setiap Ogos bersempena dengan musim buah-buahan dan juga sambutan Hari Kebangsaan.

“Hari ini adalah permulaan kepada satu acara fiesta durian dan kita hendak jadikan acara tahunan…kita hendak membudayakan rakyat Malaysia untuk menjadikan bulan Ogos sebagai bulan makan durian seterusnya dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Katanya hal ini kerana industri eksport durian di negara ini menunjukkan perkembangan positif yang mana pada tahun lepas jumlah eksport durian mencecah RM60 juta dan kerajaan menyasarkan jumlah eksport raja buah itu meningkat sehingga RM400 juta dalam beberapa tahun akan datang.

Dalam pada itu, Fiesta Durian 2016 di Dataran Merdeka selama tiga hari bermula semalam menjangkakan jumlah jualan durian sebanyak RM1 juta.

Selain itu, program yang sama turut diadakan bermula hari ini selama tiga hari di Raub, Pahang; Gopeng, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; selain turut diadakan di luar negara iaitu Singapura dan Hong Kong.

Ahmad Shabery juga berkata Fiesta Durian 2016 yang diterajui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapat sambutan memberangsangkan daripada sektor swasta yang turut menempah durian keluaran FAMA untuk program seumpama itu di pejabat mereka.

Fiesta Durian 2016 yang menjadikan KenDurian (Kenduri Durian) sebagai acara utama menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan seperti jualan durian dan buah-buahan tempatan, jualan produk berasaskan durian, demo masakan menggunakan durian dan pertandingan makan durian.

Terdahulu, pada majlis perasmian itu Ahmad Shabery turut melepaskan peserta ‘Malaysian International Durian Hunt 2016’ dan ‘Durian Fun Run’.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi FAMA Datuk Badruddin Amiruldin. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Besarnya Saiz… Bakso Astaghfirullah Aladzim

Next Post

Lelaki Jual Kuntilanak Secara Online, Gegarkan Netizen

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

Next Post

Lelaki Jual Kuntilanak Secara Online, Gegarkan Netizen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd