• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Euro 2016: Wales Robohkan Ego Belgium

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LILLE – Wales bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Belgium pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade Pierre-Mauroy.

Kemenangan menyaksikan Wales bakal bertemu Portugal di peringkat separuh akhir, awal pagi 7 Julai ini.

Tampil sebagai pasukan pilihan dan menghuni ranking kedua dunia, Belgium bermula dengan baik apabila mendahului menerusi jaringan Radja Nainggolan pada minit ke-13.

Menerusi gerakan kapten pasukan, Eden Hazard, Nainggolan melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal dijangkau penjaga gol Wales, Wayne Hennessey.

Ketika perlawanan tampil rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, Wales menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan, Ashley Williams pada minit ke-31.

Berpunca daripada sepakan sudut, Williams yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Tamat separuh masa pertama, Belgium yang berpeluang menambah gol pada awal babak kedua kecewa dengan Wales meledak gol kedua pada minit ke-55 menerusi pemain Hal Robson-Kanu.

Pemain tengah, Aaron Ramsey bijak melorongkan bola kepada Kanu yang cemerlang memperdaya pertahanan Belgium untuk melepaskan rembatan padu ke gawang lawan.

Empat minit sebelum permainan tamat, pemain gantian Wales, Sam Vokes melenyapkan semangat Belgium apabila meledak gol ketiga juga menerusi tandukan.

Kekalahan ini adalah yang kedua berturut-turut dicatat Belgium yang dilatih Marc Wilmots kepada Wales yang dibimbing Chris Coleman.

Pertembungan terakhir kedua-dua pasukan pada Jun lalu turut dimenangi Wales dengan keputusan 1-0 dengan gol tunggal dijaringkan Gareth Bale. – Agensi

Tags: Euro 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ferguson Tunggu Ronaldo, Nani Demi Pelukan Hangat

12/07/2016
0

PARIS - Bekas pengurus Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson, menjadi salah satu tokoh yang turut gembira dengan kejayaan Portugal...

Kalah Euro 2016, Penyokong Perancis Merusuh

12/07/2016
0

KECEWA dengan kekalahan Perancis di kejohanan bola sepak Euro 2016 baru-baru ini, segelintir penyokong tuan rumah telah mencetuskan keadaan huru-hara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd