• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan Pascacubaan Kudeta

oleh
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat di negaranya selama tiga bulan susulan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan pasukan tentera pada 15 Julai lalu.

Pemerintah Turki setakat ini berjaya mendakwa hampir 100 pegawai tentera berpangkat tinggi selain lebih 50,000 anggota askar biasa, polis, hakim, penjawat awam serta guru digantung kerja oleh pihak berkuasa negara itu.

Turut terbabit bersubahat dalam drama percubaan kudeta selama hampir 24 jam itu ialah sejumlah ahli akademik tempatan dan mereka juga dilarang ke luar negara manakala lebih 600 institusi pendidikan pula diarah tutup.

Dianggarkan kira-kira 8,000 orang, kebanyakannya pegawai tentera sudah ditahan. Sekurang-kurangnya 290 maut dan 1,500 cedera, sebahagian besar orang awam yang turun membantah usaha cubaan rampasan kuasa tersebut.

epa05433926 A handout picture provided by Turkish Presidential Press office shows Turkish President Recep Tayyip Erdogan speaking during a press conference after cabinet meeting in Ankara, Turkey, 20 July 2016. Turkish President Recep Tayyip Erdogan has declared a three-month state of emergency and caused the dismissal of 50,000 workers and the arrest of 8,000 people after the 15 July failed coup attempt. At least 290 people were killed and almost 1,500 injured amid violent clashes on 15 July as certain military factions attempted to stage a coup d'etat. The UN and various governments and organizations have urged Turkey to uphold the rule of law and to defend human rights. EPA/TURKISH PRESIDENTIAL PRESS OFFICE / HANDOUT HANDOUT EDITORIAL USE ONLY/NO SALES

Tindakan keras Erdogan itu nampaknya memang menyasarkan golongan yang ada kaitan dengan Fethullah Gulen, pendakwah Islam terkenal yang terpaksa melarikan diri dan kemudian menetap di Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang berusia 75 tahun pernah menjadi sekutu Erdogan sebelum bermusuhan sejak 2013 dipercayai dalang di sebalik rampasan kuasa itu dan Ankara mengarahkan Washington DC agar diserahkan kepada pihak Turki.

Menteri Luar Belanda, Jerman dan Kanada bagaimanapun masing-masing menyuarakan keprihatinan tentang tindakan drastik yang diambil pemerintah Turki meskipun menentang usaha kudeta oleh segelintir tentera.

Kesatuan Eropah namun sebulat suara menolak sebarang rancangan Turki mengembalikan hukuman mati terhadap pengkhianat negara dan mendakwa ia boleh menjejaskan peluang menyertai blok itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ErdoganTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tetamu Majlis Kahwin Dilarang Rakam Gambar Pengantin

Next Post

DAP Jadikan PRN ‘Pelampung Penyelamat’ Guan Eng

Related Posts

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

29/07/2024
1

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya...

Next Post

DAP Jadikan PRN 'Pelampung Penyelamat' Guan Eng

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd