• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DOJ: PDRM Ambil Tindakan Jika Ada Unsur Jenayah

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ini, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.

“PDRM tidak campur tangan dalam kes sivil dan ini pendirian yang kita ambil buat masa ini.

“Tunggu dan lihat perkembangan dalam proses ini…kalau ada perkara yang boleh kita buat susulan, kita akan buat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru-baru ini, DOJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Ditanya mengenai perhimpunan Bersih 5.0, Khalid berkata PDRM tidak membenarkan sebarang perhimpunan yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Polis tidak akan benarkan perhimpunan yang bercadang untuk keluar ke jalan raya dan meminta Perdana Menteri berundur,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos bagi menggantikan Datuk Seri Mortadza Nazarene yang bersara wajib pada tarikh sama.

Tempat Acryl Sani diambil alih Datuk Rusli Ahmad, yang sebelum ini Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman. – BERNAMA

Tags: DOJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd