• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Difteria Masih Terkawal Di Malaysia – Dr. S. Subramaniam

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyakit difteria, yang dikesan di negara ini bulan lepas, masih dalam keadaan terkawal walaupun sudah mencatatkan 5 kematian daripada 15 kes yang dilaporkan sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata ini kerana, sebanyak 95 peratus daripada rakyat Malaysia telah menjalani program imunisasi termasuk diberi vaksin difteria sejak kecil bagi perlindungan kesihatan lengkap.

“Hanya lima peratus sahaja yang masih belum menerima imunisasi perlindungan itu dan mempunyai kemungkinan dijangkiti penyakit tersebut.

“Kes terbaharu melibatkan seorang dewasa…kita melakukan siasatan terperinci untuk menyemak latar belakang mangsa sama ada dia pernah menerima imunisasi lengkap sebelum ini.

“Ini bukan sesuatu yang baru kerana kes sama pernah berlaku melibatkan sekelompok penduduk dan ia telah pun kita atasi,” katanya selepas merasmikan nama baharu Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, NPRA dikenali sebagai Makmal Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Semalam, seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan disahkan positif difteria.

Daripada 15 kes yang dikesan sehingga kini, tiga kes dengan satu kematian dilaporkan di Melaka, Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr. Chong Chee Kheong menggesa ibu bapa supaya memastikan anak-anak berusia bawah tujuh tahun mendapatkan imunisasi 5 serangkai yang lengkap.

Katanya langkah itu penting bagi meningkatkan imuniti tubuh seterusnya membendung difteria.

“Keutamaan kita adalah kanak-kanak. Namun, bagi mereka yang tidak pasti sama ada diberikan vaksin atau tidak, mereka boleh ke klinik kerajaan untuk mendapatkan pengesahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: DifteriaDr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Difteria: 8 Individu Dikuarantin Selepas Ada Simptom

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) -- Lapan individu dipercayai berhubung dengan kanak-kanak berusia 14 bulan yang maut akibat difteria di...

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd