• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Kahwin Gadis Jadi Buah Mulut Netizen

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASSAR (Indonesia) – Seorang datuk berusia 63 tahun menjadi buah mulut pengguna media sosial di Indonesia selepas dia berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun.

Akhbar tempatan, Harian Fajar melaporkan, Nasir berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Watampone dekat sini.

Ketika diwawancara akhbar itu memberitahu, dia mendakwa sudah berkahwin sebelum ini, tetapi isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.

Katanya, sejak menduda dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan mahu bakal isterinya seorang yang masih dara.

“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan Tuhan,” kata Nasir.

Menurutnya, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali ketika bertandang ke rumah gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk masuk meminang.

Bapa Milawati, Nasaruddin, 48, memberitahu, dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya sendiri yang bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.

Sementara itu, Milawati berkata, dia tiada masalah berkahwin dengan Nasir walaupun jarak usia yang memisahkan mereka hampir 45 tahun.

“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: datukIndonesiamajlis perkahwinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tentera Lancar Rampasan Kuasa Di Turki

Next Post

Keadaan Sebahagian Besarnya Terkawal – PM Turki

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Keadaan Sebahagian Besarnya Terkawal - PM Turki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd