• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Semula Suntikan Jika Sudah Terlepas Imunisasi

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang mendapati anak mereka sudah terlepas suntikan imunisasi dan vaksin mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kesihatan diminta pergi ke klinik bagi mendapatkan semula suntikan berkenaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan kini memberikan tumpuan untuk mengesan mereka yang tercicir mendapatkan imunisasi.

“Selain kesedaran ibu bapa, saringan imunisasi di peringkat sekolah yang akan bermula bulan depan akan mengesan mereka yang terlepas mendapatkan vaksin mengikut jadual kebangsaan.

“Ibu bapa kanak-kanak yang terlepas imunisasi akan dinasihatkan mendapatkan semula suntikan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis khas bersama warga dan pesara ibu pejabat Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Jelas Dr Subramaniam, Kementerian Kesihatan menggunakan pendekatan ‘persuasive’, nasihat dan penjelasan kepada ibu bapa mengenai kepentingan imunisasi serta menyerahkannya kepada ibu bapa untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Mengenai difteria, Dr Subramaniam berkata kematian adik kepada seorang mangsa difteria semalam, Muhammad Rusydi Rizky Amdin, 11 bulan, belum disahkan akibat difteria.

Pada 21 Jun, abang kepada Muhammad Rusydi Rizky iaitu Muhammad Haris Haikal, dua tahun, dilaporkan meninggal dunia akibat difteria.

Kes difteria di seluruh negara mencatatkan lima kematian setakat ini, katanya.

Mengulas dakwaan filem ‘Kabali’ yang dibintangi pelakon handalan filem Tamil, Rajinikanth, memperlekeh kedudukan bangsa India di negara ini, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC meminta semua pihak menerima filem berkenaan sekadar hiburan.

Beliau yang percaya masyarakat Malaysia cukup matang untuk menilai filem tersebut berkata MIC tidak bercadang untuk menghantar sebarang bantahan ekoran dakwaan itu.

Filem Kabali yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia memulakan tayangan perdananya Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamImunisasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Halangan Pokemon Go Masuk Ke Malaysia

Next Post

2 ‘Datuk’ Dalang Syarikat Skim Cepat Kaya

Related Posts

376,909 Dos Vaksin Diberi Semalam, Tertinggi Dalam Sehari

09/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencatatkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi dengan 376,909 dos vaksin...

Vaksinasi Harian Covid-19 Terus Meningkat

18/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan terus mencatatkan peningkatan dengan pemberian 221,706 dos semalam, sekali gus...

Next Post

2 'Datuk' Dalang Syarikat Skim Cepat Kaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd