• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalam Ranking Sedunia, Di Mana Universiti Kita Berada?

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP tahun, ranking universiti-universiti di seluruh dunia yang dikeluarkan akan mendapat perhatian ramai termasuk para cendekiawan di negara ini.

Berdasarkan ranking tersebut, perbandingan antara universiti tempatan dengan universiti sedunia lain yang turut tersenarai akan dilakukan.

Terbaharu, senarai yang dikeluarkan oleh Center for World University Rangkings (CWUR) menunjukkan bahawa universiti-universiti terbaik di negara kita berlegar di kedudukan 500-800 dunia.

Pandangan dan respon terhadap kedudukan ini, boleh dibahagikan kepada dua.

Pertama, ia dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana dapat memberikan satu petunjuk tentang tahap pencapaian sesebuah universiti itu.

Manakala kedua, ada yang melihat penyenaraian ini merupakan satu eksploitasi kerana kriteria yang digunakan sebagai ukuran dianggap tidak tepat dan tidak dapat memberikan gambaran sebenar pencapaian sesebuah universiti itu.

Melihat kepada kedudukan tiga universiti terbaik di Malaysia, kedudukan mereka bukanlah di tahap yang membanggakan di mata dunia dengan Universiti Malaya di tempat ke 539, Universiti Sains Malaysia di tempat ke 694 dan Universiti Putra Malaysia di tempat ke 832.

Dalam Ranking Sedunia, Di Mana Universiti Kita Berada?

Sebelum ini, universiti-universiti terbaik Malaysia berada di tangga ke 200-300 terbaik dunia dan kini ia semakin merosot sehingga ke tangga ke 800.

Pada tahun 2014, mengulas tentang permasalahan yang berkemungkinan menyebabkan kejatuhan kedudukan universiti Malaysia, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia UTM, Dr. Airil Yasreen Mohd Yassin berkata,  terdapat pihak yang mendakwa kedudukan ini merupakan salah satu strategi pemasaran yang bertujuan merendahkan kemampuan universiti-universiti dari negara yang pesat membangun.

Walau bagaimanapun, pada masa sama pihak berwajib di negara kita harus bersetuju bahawa universiti-universiti di Malaysia wajib menggiatkan usaha agar mampu bersaing dan berdiri setaraf dengan universiti terkemuka lain di dunia.

Berdasarkan kedudukan terkini CWUR 2016 universiti-universiti di UK dan US menduduki senarai sepuluh terbaik dunia;

Dalam Ranking Sedunia, Di Mana Universiti Kita Berada?

Di Asia pula, universiti di negara timur seperti China, Korea dan Jepun mengungguli ranking teratas, berada di kedudukan yang tinggi berbanding universiti di Malaysia.

Persoalannya, bagaimana Malaysia hendak capai matlamat wawasan 2020 – menjadi negara yang setanding dengan negara maju di dunia jika universiti yang sepatutnya jadi teras kemajuan masih belum berada di tahap memuaskan? – MYNEWSHUB.CC

Tags: AsiaDuniaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd