• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Pemandu LRT Tidur Dalam Tugas Tidak Tepat

oleh Ahmad Albab
23/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid KL, hari ini menafikan dakwaan bahawa konon kapten tren LRT Laluan Ampang-Sri Petaling yang dikatakan tertidur di panel pemandu tren berkenaan.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Lim Jin Aun, sebaliknya menjelaskan kapten itu hanya meletakkan kepalanya di atas panel untuk seketika.

“Kami dimaklumkan bahawa beliau berehat seketika semasa menunggu tren sampai ke stesen dan ia dalam perjalanan ke stesen dan beroperasi secara separuh automatik itu. Tuduhan yang dibuat oleh artikel berkenaan tidak tepat.

“Apapun, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana semua Kapten Tren dikehendaki berada dalam siap sedia sepenuh masa dalam perjalanan,” kata Lim, yang bertindak sebagai jurucakap RapidKL dalam kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu bagi menjelaskan satu artikel yang tersebar menerusi laman sosial pada 3 Julai lepas berhubung tuduhan itu.

“Tindakan disiplin telah diambil terhadap kakitangan berkenaan dan surat amaran sudah dikeluarkan dan beliau digantung kerja untuk seminggu sejak semalam di samping diarah untuk mendapatkan kaunseling dan mengikuti kursus bimbingan teknikal serta mengikuti pembangunan diri,” katanya.

Lim menegaskan keselamatan para penumpang adalah perkara terpenting dalam operasi rel dan bas kendalian RapidKL dan syarikat itu tidak akan berkompromi dalam memastikan standard kualiti kerja yang tinggi dalam kalangan staf dan kakitangannya.

“Rapid KL dan Prasarana tidak akan berkompromi dengan mana-mana staf dan kakitangan yang melanggar tata etika kerja ketika bertugas. Mereka adalah duta syarikat yang berada di barisan hadapan dengan pelanggan. Justeru itu mereka harus menjaga imej syarikat.

“Kami meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memastikan semua warga kerja Rapid KL memiliki tahap modal insan yang tinggi dan berkualiti selaras dengan misi kami untuk menjadi penyelia pengangkutan awam bertaraf dunia”, tambah Lim.

Katanya syarikat juga sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti penyampaian dan servis kakitangan sentiasa terbaik. – BERNAMA

Tags: LRTRapid KL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Orang Jepun Dicabar Makan Cucur, Minta Penyepit

Next Post

TH Akan Mesyuarat Bicang Soal Kuota Tambahan

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

TH Akan Mesyuarat Bicang Soal Kuota Tambahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd