• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daging Salai Hidangan Istimewa Di Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
11/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Rindu’ eh nak makan daging salai? Bagi masyarakat Negeri Sembilan, gulai lemak cili api daging salai adalah hidangan istimewa baik untuk keluarga ataupun menjamu tetamu.

Tidak terdapat di negeri-negeri lain, daging salai mendapat permintaan tinggi oleh penggemarnya dari dalam dan luar negeri adat pepatih ini.

Daripada hanya disalai di rumah untuk makanan sekeluarga kini daging salai dikomersialkan berikutan adanya permintaan dan bekalan.

Bagi pengusaha Daging Salai Omak Den, Siti Zanariah Nor Zin, 29, perniagaan itu dijalankan bersama ibunya, Taijom Naam, 56, dan bapanya Nor Zin Zainal, 62, selain dibantu tujuh lagi adik-adiknya.

“Setiap daripada kami mempunyai peranan masing-masing seperti abah membeli daging, mak ditugaskan memasak mengikut tempahan yang dibuat, saya dan kakak lebih kepada pemasaran manakala dua adik saya yang lain di bahagian pembungkusan,” katanya kepada Bernama.

Menurut Siti Zanariah, perniagaan katering yang diusahakan ibunya sebelum ini memberi idea kepadanya untuk menambah menu daging salai dalam pakej kateringnya sejak lima tahun lepas.

“Namun sejak tiga tahun kebelakangan ini, kami adik-beradik mula mempromosi menu daging salai ini secara serius menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan,” katanya.

Berbeza dengan perniagaan daging salai pengusaha lain, Siti Zanariah berkata keluarganya tidak menjalankannya secara harian kerana hanya mengambil tempahan setiap minggu bagi mengekalkan permintaan dan menimbulkan perasaan ‘rindu’ penggemarnya.

“Kami mendapat bekalan daging segar daripada penternak lembu di Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya sambil menambah proses menyalai daging menggunakan kayu api dengan api yang terkawal bagi mengelakkan daging hangus di luar.

“Bagi daging salai bergulai yang kami masak, tahap kepedasannya juga benar-benar mengikut selera Negeri Sembilan jati di samping dicampurkan dengan bacang atau belimbing buluh,” katanya.

Siti Zanariah berkata apabila tiba musim perayaan, tempahan amat menggalakkan terutama seminggu selepas Hari Raya. Ini kerana ketika itu orang ramai mula membuat jamuan rumah terbuka.

“Jika hari biasa tempahan sekitar 50 hingga 60 kilogram sahaja, namun pada musim perayaan mencecah hampir 200 kilogram…memang tak menang tangan dibuatnya,” katanya.

“Daging salai dijual RM34 sekilogram manakala yang siap bergulai RM48 sekilogram. Satu kilogram daging boleh dinikmati sehingga enam orang,” katanya.

Selain daging salai, keluarganya turut menyediakan menu ikan tilapia salai, ikan keli salai dan itik salai mengikut tempahan. – BERNAMA

Tags: dagingNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd