KUALA LUMPUR – Semua cawangan Tabung Haji (TH) akan ditutup pada 8 Julai (Jumaat) jika Aidilfitri disambut Rabu ini.
TH dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun ini tidak terpakai jika Aidilfitri disambut pada Selasa.
“TH menasihatkan pendeposit dan orang ramai yang ingin melakukan transaksi di kaunter TH supaya membuat perancangan awal dan melakukan transaksi mereka sebelum atau selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” kata kenyataan itu.
TH Contact Centre boleh dihubungi di talian 03-6207 1919. – BERNAMA