• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cakra Khan Ditipu 1 Juta Rupiah Akibat Pokemon Go

oleh
27/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mengaku dirinya sebagai seorang penggila permainan video, termasuk Pokemon Go yang menjadi fenomena ketika ini di seluruh dunia.

Gara-gara ketagih permainan sensasi itu, Cakra mengaku tertipu hingga sejuta rupiah (kira-kira RMM311) akibat gagal mengawal nafsu apabila sanggup membeli mana-mana akaun yang memiliki paras mata tertinggi.

“Jadi kelmarin, sebelum saya memakai akaun saya yang ini, saya ada memiliki satu lagi akaun yang levelnya cukup tinggi, saya pun beli akaun itu. Saya percaya sahaja, saya positif dan menolak su-ud-zon (bersangka buruk).

“Setelah saya transfer wang, eh ternyata kabur orangnya,” kata jejaka Muslim yang berusia 24 tahun itu ketika ditemui akhbar berpengaruh Kompas di Gedung Menara Prima, Kuningan Timur, Jakarta Selatan pada Selasa.

Pokemon Go yang dilancarkan pada 6 Julai lalu memerlukan pengguna menjadikan gajet pintar untuk mencari raksasa dan banyak kes dilaporkan di seluruh dunia apabila pemain ketagih atau menceroboh kawasan larangan.

Cakra Khan Ditipu 1 Juta Rupiah Akibat Pokemon Go

“Ya sudahlah, jadikanlah kes saya ini sebagai contoh yang buruk,” sambung beliau atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman yang berasal dari Pangandaran, Jawa Barat dan berasa cukup kesal ekoran peristiwa hitam itu.

Pelantun lagu popular Harus Terpisah itu bagaimanapun tidak pula berhasrat melaporkan insiden penipuan tersebut kepada pihak polis tempatan walhal beliau tahu penipunya itu masih lagi tinggal di sekitar Jakarta.

“Kalau penjenayah berkenaan mungkin orang Jakarta. Cuma ya sudahlah mungkin juga dia susah hidup tidak punya duit cukup buat ‘jajan’ untuk menanggung ahli keluarganya sendiri,” terang Cakra Khan lagi secara ikhlas.

Susulan peristiwa malang yang tidak dijangka tersebut, artis daripada suku Sunda itu turut menyampaikan nasihat kepada masyarakat terutama para peminat Pokemon Go untuk lebih berhati-hati terhadap kes penipuan.

“Ya semoga hati-hati semuanya, kalau punya game tuh usahakan jangan pakai duit untuk naik level secara cepat tetapi teruskan sahaja mengikut kemampuan diri sendiri,” kata Cakra Khan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: cakra khanPokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kali Ditipu, Cakra Khan Serik Bercinta Lagi

20/01/2018
0

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi dari sebarang, Cakra Khan yang mempunyai suara serak-serak basah mirip selebriti kacak, Afghan ini kan?...

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

29/04/2017
0

MOSCOW - Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd