• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benarkah Pemilik Rayani Air Lari Ke India?

oleh Ahmad Albab
25/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Khabar angin mendakwa pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya, Datuk Karthiyani Govindan yang juga pengasas bersama syarikat penerbangan itu lari ke India tersebar sejak minggu lalu.

Ia lebih rancak di kalangan pekerja Rayani Air dan difahamkan turut sampai ke pengetahuan sekumpulan pelanggan yang masing-masing masih menanti tunggakan gaji untuk dilunaskan dan bayaran balik tiket penerbangan.

Wakil pekerja Rayani Air, Zulkalnain Azdan berkata, sehingga kini beliau masih belum mengadakan pertemuan dengan pasangan suami isteri itu bagi membincangkan tentang usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Zulkalnain yang juga Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan Karthiyani pada 15 Julai lalu dan dimaklumkan bahawa pasangan itu akan berlepas ke India pada hujung minggu tersebut.

“Saya ada hubungi Karthiyani untuk berjumpa pada Isnin, 18 Julai tetapi katanya akan ke India untuk urusan pelabur. Saya ada mesej dia beberapa kali dalam tempoh beberapa hari selepas itu untuk bertanyakan perkembangan mengenai pelabur tetapi tiada jawapan.

“Saya dapat tahu timbul khabar angin mengenai mereka mahu lari ke India, dan ia tersebar di kalangan pekerja. Ramai pekerja bertanya kepada saya mengenai kesahihan dakwaan itu.

“Tetapi mesej dan pertanyaan saya juga tidak dijawab Karthiyani, jadi bagaimana saya hendak jelaskan kepada pekerja, sedangkan saya sendiri pun tak tahu perkembangan dan perkara sebenar,” katanya kepada mStar Online.

Zulkalnain berkata, tindakan pasangan itu yang ‘menyepikan diri’ seolah-olah mengetepikan syarat yang dipersetujui Ravi untuk kumpulan pekerja membantu dan memberi kerjasama bagi menghidupkan kembali syarikat penerbangan itu.

Tambah Zulkalnain, beliau ketika ini sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan pekerja terhadap pemilik Rayani Air selepas syarikat penerbangan itu bermasalah.

“Pekerja perlu diyakinkan untuk sama-sama membantu menyelamatkan Rayani Air. Tetapi kalau Karthiyani dan Ravi senyap dan tidak melibatkan saya sebagai wakil pekerja dalam urusan pelabur, nanti pekerja hilang kepercayaan terhadap saya pula,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pasangan itu supaya segera memaklumkan perkembangan dan mengadakan perbincangannya bersama sekembalinya ke tanah air.

Sementara itu, Ravi dan Karthiyani mengesahkan kepada mStar Online bahawa pasangan itu kini berada di India untuk tujuan mendapatkan pelabur, dan bukannya melarikan diri seperti yang didakwa.

“Kami masih di India mencari pelabur. Ada urusan dengan satu lagi pelabur,” kata Karthiyani menerusi aplikasi WhatsApp sambil menambah akan pulang ke Malaysia pada 28 Julai.

Ravi pula berkata, urusan mencari pelabur kini masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak berkenaan.

“Mereka sedang membuat penilaian. Bukan mudah untuk dapatkan syarikat penerbangan lain bagi mengadakan kerjasama,” kata Ravi sambil menambah terdapat dua pelabur di India tetapi tidak mengulas mengenai satu lagi pelabur.

Bagaimanapun difahamkan salah satu pelabur merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di selatan India.

“Ada beberapa (pelabur berpotensi) yang kita sedang lihat. Kita akan memaklumkannya bila sudah pasti,” ujar Karthiyani mengenai masa yang lama berada di India.

Pada 15 Julai lalu, mStar Online melaporkan Ravi bersetuju mengikut tiga syarat yang dikenakan sekumpulan pekerjanya bagi menghidupkan kembali syarikat penerbangan itu.

Tiga syarat itu ialah – Ravi dan Karthiyani tidak lagi menerajui Rayani Air dan pengurusan perlu dikendalikan pelabur – urusan permohonan lesen dan pelabur perlu membabitkan wakil pekerja dan perjanjian pelaburan dilakukan di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) – penstrukturan semula pengurusan dilakukan pelabur tanpa campur tangan Ravi dan Karthiyani.

Terdahulu, Zulkalnain menegaskan bahawa tiga syarat buat Ravi bertujuan untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk pelabur, pekerja dan pelanggan, selain memastikan segala urusan sepanjang proses berkenaan dilakukan dengan telus dan lancar.

Pada 13 Jun, Mavcom membuat keputusan membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Dilaporkan Rayani Air perlu membuat permohonan baharu ASL dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, bagi membolehkan ia dapat beroperasi semula sebagai syarikat penerbangan komersial.

Difahamkan, Rayani Air perlu memohon ASL daripada Mavcom terlebih dahulu, sebelum mendapatkan AOC daripada DCA. – mStar Online

Tags: IndiaRayani Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ustaz Kazim Kurangkan Ceramah, Sedang Tulis Buku

Next Post

Gelandangan Mati Terbaring Depan Warung

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Gelandangan Mati Terbaring Depan Warung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd