• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Persiaran Terbabas, 28 Orang Nyaris Maut

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 21 pelancong asing, seorang pemandu bas dan seorang wanita tempatan mengalami cedera ringan apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas di Kilometer 19 Jalan Keramat Pulai menghala Ipoh di sini, hari ini.

Bas yang membawa seorang wanita tempatan berumur 49 tahun dan 26 pelancong antaranya dari Perancis, New Zealand, Kanada, Jerman dan Mexico itu dipercayai dalam perjalanan dari Cameron HighlandS ke Pulau Pinang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Supt Wan Jamil Wan Chik, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bas terbabit hilang kawalan sebelum terbabas di laluan berselekoh dan menuruni bukit.

“Bas berkenaan terbalik dan terseret sehingga masuk ke laluan bertentangan dan tersadai dalam longkang sebelah kiri jalan menghala ke Cameron Highlands,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 66 tahun yang enggan dikenali berkata beliau yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ternampak bas berkenaan dalam keadaan laju ketika menuruni bukit.

“Kemalangan itu berlaku sebaik sahaja saya melepasi lokasi kejadian. Saya merasa lega kerana melepasi kawasan kemalangan itu sebelum bas terbabas,” katanya.

Beliau bersama beberapa orang awam terpaksa memecahkan cermin hadapan bas berkenaan untuk membantu penumpang keluar dari kenderaan tersebut. – BERNAMA

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd