• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi WeChat Antara Medium Pedofilia Cari Mangsa

oleh Ahmad Albab
02/07/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi ‘WeChat’ antara aplikasi sosial yang paling kerap digunakan oleh pelaku pedofilia untuk mencari mangsa pada 2015, berbanding laman media sosial lain.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Ong Chin Lan berkata dalam tempoh itu, sebanyak 138 daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui aplikasi WeChat.

“Ini diikuti berkenalan di Facebook sebanyak 35 kes, WhatApps enam kes manakala selebihnya BeeTalk,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata aplikasi berkenaan memudahkan kanak-kanak di bawah umur untuk menggunakannya mencari kenalan tanpa sebarang tapisan serta tidak perlu ‘jemputan’ daripada luar.

Apabila mereka menggunakan aplikasi ini tanpa sebarang kawalan orang dewasa (mereka) akan mudah dieksploitasi secara negatif oleh pelaku pedofilia.

“Melalui WeChat pelaku pedofilia boleh mencari orang berdekatan, menapis berdasarkan jantina dan kemudian menghantar mesej kepada seberapa ramai kanak-kanak yang boleh,” kata Ong.

Katanya apabila kanak-kanak mula memasuki media sosial mereka akan terdedah dengan individu yang tidak dikenali seperti pelaku pedofilia yang kemudiannya mula ‘menawan’ mereka menggunakan ayat-ayat manis bagi mendapatkan kepercayaan kanak-kanak itu.

“Susulan itu, selepas berkenalan dengan pelaku, mangsa kemudiannya akan dibawa keluar berjalan sebelum dirogol.

“Mereka (pelaku pedofilia) menyasarkan kanak-kanak berumur lingkungan di antara 12 hingga 15 tahun untuk menjadi mangsa kegiatan yang tidak bermoral itu kerana dalam usia begini, mereka dilihat seperi baru mendapat kebebasan daripada kawalan ibu bapa,” katanya.

Menurut Ong, pelaku pedofilia dikelaskan dalam tiga kategori iaitu meminati kanak-kanak lelaki, meminati kanak-kanak perempuan dan menyukai kedua-dua jantina.

“Saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak di bawah umur agar memantau tingkah laku anak mereka ketika melayari internet supaya tidak mudah berkenalan dengan orang asing di media sosial.

“Mereka (kanak-kanak bawah umur) perlu diberi perhatian dan diberi didikan agama bagi mengelakkan mereka ini menjadi mangsa kepada pelaku pedofilia,” katanya. – BERNAMA

Tags: pedofilia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

06/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, pada 20 Julai lalu,...

Polis Buru Lelaki Suspek Pedofilia

24/06/2021
0

PETALING JAYA - Polis memburu lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas dua kanak-kanak di Seksyen 19 di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd