• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak P.Ramlee Suruh David Teo Pergi Kubur Bapa

oleh AK-47
14/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali mahukan penerbit terkenal, David Teo pergi menziarahi pusara seniman agung itu untuk memohon kemaafan kerana ketelanjuran kata sebelum ini.

Menurutnya, sebagai anak dia sememangnya sedih apabila bapanya yang sudah kembali ke rahmatullah dihina sedemikian rupa.

P. Ramlee
P. Ramlee

“Kakak angkat saya, Dian, ada memaklumkan kepada saya David (Teo) menghubunginya bagi meminta maaf. Bagi saya, anak arwah yang masih hidup tentu tiada masalah memberi kemaafan tetapi bagaimana dengan bapa saya? Rasanya lebih bagus kalau dia sendiri ke kubur P Ramlee,” katanya.

Pada masa yang sama, Sazali turut menafikan bahawa mereka hidup susah seperti yang didakwa David Teo.

David Teo Tak Mahu Artisnya Merempat Macam P. Ramlee
David Teo

“Selama saya lahir hingga ayah meninggal (dunia) ketika usia saya 15 tahun, belum pernah kami miskin atau tidak makan.

“Buat pengetahuan semua, sepanjang saya tinggal dengan bapa, kami anak-beranak diberi kehidupan yang sangat sempurna. Cukup makan pakai, malah bapa saya juga sentiasa menghulur bantuan kepada orang lain yang meminta pertolongan daripadanya tanpa mengharapkan sebarang balasan,” katanya.

Khamis lalu, David yang  juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi apabila memetik nama P.Ramle sebagai contoh pelakon yang hidup merempat di usia tua.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan David Teo mahu memberitahu bahawa syarikatnya mampu membimbing pelakon hingga mereka menjadi jutawan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: David Teo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Drama Mampu Lahirkan Pelakon Popular

21/08/2017
0

HASIL karya, pelakon serta sinematografi antara elemen yang dititikberatkan dalam sesebuah drama mahupun filem. Tetapi, jika salah satu saja yang...

Ini Pantun Lengkap ‘Sekali Ombak Datang’ David Teo

22/05/2017
0

INSIDEN pemilik syarikat produksi MIG, David Teo yang dilempang pelakon senior Mat Over ternyata masih lagi menjadi bualan di kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd