• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allahu Akbar! TV AlHijrah Pilihan Generasi Y

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TV AlHijrah melakar sejarah tersendiri apabila menerima 128 kali ganda permohonan bagi mengisi 33 jawatan yang ditawarkan.

Stesen tersebut melancarkan Kempen Iklan bagi mengisi pelbagai jawatan strategik pada Mei lalu.

Kempen enam minggu itu dilancarkan sebagai usaha mencari bakat baharu untuk berkhidmat di pelbagai jawatan profesional dalam bidang penyiaran dan pembekal kandungan.

Setelah seminggu tarikh tutup permohonan pada 24 Jun lalu, lebih 800 permohonan melalui pos dan 3,600 permohonan melalui e-mel diterima.

Ini bermakna lebih 4,400 permohonan dan purata 128 calon bagi setiap jawatan!

“Petang tadi saya sempat meninjau proses mengkluster permohonan mengikut jawatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Allahu Akbar! TV AlHijrah Pilihan Generasi Y

Menurut Izelan yang memulakan tugas memimpin stesen TV Islam Nombor Satu negara pada 1 April lalu, Bahagian Sumber Manusia kini mula mengenal pasti senarai pendek bakat terpilih untuk panggilan temuduga.

“Kami sedang membuat tapisan dan mengenal pasti resume calon yang berpotensi,” kata Izelan.

Izelan yang berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia penyiaran, serta pernah berkhidmat di pelbagai stesen TV antarabangsa meminta: “Pada semua calon, doakan moga Allah mudahkan rezeki anda di TV AlHijrah, Insya’Allah.”

Menerima 4,400 permohonan dalam tempoh enam minggu adalah sesuatu yang luar biasa. Menerima 90 peratus permohonan daripada Gen Y menjadi petunjuk: “Gen Y memberikan perhatian yang serius terhadap perjuangan TV AlHijrah!” – MYNEWSHUB.CC

Tags: JawatanTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Penjara Najib Razak Dikurangkan Separuh Daripada 12 Kepada 6 Tahun, Kata Sumber Rasmi

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

31/01/2024
0

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara...

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Azalina Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

18/03/2023
0

KOTA TINGGI: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd