• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidil Fitri Kunci Penyatuan Umat Islam – Irmohizam

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Di Hujung Jeti Bersarang Tempua,
Jalan Berpaya Ke Sri Rambai,
Hajat di Hati Nak Salam Semua,
Apakan Daya Tangan Tak Sampai.

Serangkap pantun daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dalam kesibukan meraikan minggu pertama Syawal. Sebagai pemimpin masyarakat setempat, banyak harapan pelbagai pihak untuk bersama Ahli Parlimen sempena Hari Raya.

“Saya dulukan ucapan Selamat Hari Raya. Minnal Aidil Wafaizin. Mohon ampun dan maaf sempena kerahmatan Aidil Fitri. Memang kalau boleh hendak jumpa semua. Saya sayang orang Kuala Selangor,” kata Irmohizam.

Aidil Fitri Kunci Penyatuan Umat Islam - Irmohizam

Ini tahun ketiga, anak muda ini merayakan Aidil Fitri sebagai pemimpin yang dipilih rakyat dalam PRU 13 lalu. Malah, Datuk Irmohizam turut sibuk dengan tanggungjawab sebagai Presiden Majlis Belia Selangor dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

“Pada anak muda Selangor, muliakan semangat Hari Raya. Raikan ibu ayah dan saudara-mara lebih tua. Kita jadi anak muda Selangor yang tinggi akhlaknya di mata agama,” pesan Irmohizam.

Kepada nelayan di seluruh tanahair, Irmohizam menyampaikan ucapan: “Ampun dan maaf dari kejauhan. Moga syawal kali ini, ikatan siratulrahim kita kembali ke fitrah. Terhapus semua silap dan salah.”

Irmohizam turut menceritakan pengalaman menunaikan Solat Tarawih bersama penduduk sekitar Kuala Selangor. Bertarawih bersama penduduk memang jadi amalan setiap kali Ramadan.

“Alhamdulillah,” kata Irmohizam: “Ada masjid dan surau yang saya pergi, masa itulah peluang melihat masalah ahli qariah secara dekat. Ini kelebihan Islam, banyak majlis siratulrahim dalam keraian kita.”

Antara ziarah Ramadan ialah ke Surau Al Falah, Taman Sri Rambai. Selesai solat, penduduk maklumkan masalah kekurangan peruntukan untuk menyiapkan lantai surau yang ditauliah status solat Jumaat.

“Saya luluskan segera sebanyak RM5 ribu,” katanya: “Ini keperluan masjid dan surau mesti kita utamakan.”

Kepada penduduk Kuala Selangor, Irmohizam berjanji meraikan Syawal semampu mungkin untuk bertemu sahabat-handai dan rakan-taulan. Apatah lagi, Kuala Selangor adalah kampung halaman. – MYNEWSHUB.CC

Kampung Kuantan Indah bak Pelita,
Bukit Melawati Nampaklah Jua,
Meski Perbezaan Terkadang Sengketa,
Kala Aidil Fitri Bersatulah Semua.

Tags: Ahli ParlimenKuala Selangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd