• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peninju Elit, Afuqanie Idam Pingat Emas Sukan SEA 2017

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peninju elit kebangsaan, Afuqanie Ahmad Anshori mengintai peluang meraih pingat emas dalam kategori bantamweight (56kg) pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Atlet di bawah Program Kita Juara Sukan SEA 2017 itu menjelaskan, beliau memburu emas pada penampilan kedua setelah tewas kepada peninju Thailand, Tanes Ongjunta pada saingan suku akhir kategori yang sama pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

“Saya akan menyertai Kejohanan Tinju Antarabangsa ‘Lions Cup’ di Sri Lanka, bulan depan dan berharap dapat meraih pengalaman berharga sebelum saya menyertai Sukan SEA 2017,” katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.

Terdahulu, beliau menyumbang pingat emas untuk Negeri Sembilan selepas memenangi kategori 56kg menerusi kemenangan 3-0 ke atas wakil Sarawak, As Sufi Azli pada Sukma ke-18 di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Padungan, hari ini.

“Perlawanan ini agak mendebarkan kerana lawan saya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton tuan rumah namun saya mengambil pendekatan untuk bertenang dan kekal fokus.

“Saya memang sasar untuk menang pingat emas kerana sebelum ini saya tidak dibenarkan menyertai Sukma pada edisi lepas kerana peraturan pada Sukma 2014 di Perlis menetapkan had umur bertanding adalah antara 18-21 tahun dan umur saya ketika itu adalah 17 tahun,” kata Afuqanie yang dinaikkan pangkat dari pelapis kebangsaan ke skuad elit pada 2015.

Sementara itu, dua peninju Sarawak gagal menghadiahkan pingat emas kepada sebahagian besar penyokong tuan rumah yang membanjiri Stadium Tertutup MBKS setelah kalah kepada lawan masing-masing.

Muhammad Firdaus Kamarulzaman kalah menerusi kiraan kalah mati teknikal (TKO) kepada peninju Sabah, Mohammad Hudzaifah Reitz pada pusingan kedua kategori Welterweight (69kg) manakala Ting Chek Tee turut tewas dengan kiraan TKO kepada peninju Negeri Sembilan, Hashmil Hashrin pada pusingan terakhir kategori Light Heavyweight (81kg).

Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan acara tinju Sukma ke-18 dengan kutipan dua emas, satu perak dan satu gangsa, disusuli Sabah dengan dua emas dan Kelantan (1-2-1). – BERNAMA

Tags: Sukan SEAtinju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd