• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,000 Uncang Teh India Untuk Trump Jika Jadi Presiden AS

oleh
17/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sebuah kilang di India sedia menghantar 6,000 uncang teh hijau ke White House dengan harapan ia menjadikan Donald Trump lebih pintar dan membersihkan jiwanya jika dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Hadiah unik tersebut, yang cukup untuk keperluan minum teh secara purata sebanyak empat kali setiap hari selama empat tahun, berasal daripada jenama terkenal Te-a-Me Teas, menurut Pengarahnya, Sumit Shah.

Beliau menambah, kilang itu juga memiliki laman sesawang khas www.teafortrump.com (air teh untuk Trump) yang membolehkan sesiapa sahaja mengirimkan mesej kepada Trump dan mengingatkannya agar minum teh setiap hari.

“Kami sangat yakin minuman teh hijau ini sangat bermanfaat bagi manusia. Kami yakin teh hijau juga akan membantu beliau (Trump). Demi kebaikan beliau, kebaikan AS dan kebaikan seluruh dunia,” ujar Shah sinis.

Trump, tokoh politik kontroversi yang juga hartawan terkenal, sering menerima kritikan kerana pandangannya yang keras terhadap umat Islam dan golongan pendatang yang dibawanya selama berkempen sebagai calon presiden AS.

6,000 Uncang Teh India Untuk Trump Jika Jadi Presiden AS

Pada minggu depan, Trump bakal secara rasmi disahkan oleh partinya sendiri, Republikan untuk bertarung dalam pemilihan jawatan presiden pada November depan menentang calon lawannya dari Demokrat, Hillary Clinton.

Syarikat teh India ini menyatakan, langkahnya menghantar ribuan uncang teh kepada Trump seumpama harapan agar pemimpin dunia bertanggungjawab atas keputusannya dan menafikan langkah itu sekadar mencari publisiti.

Jenama Te-a-Me Teas yang dikeluarkan oleh syarikat Madhu Jayanti International Limited di Kolkata dekat sini diasaskan pada 1942 dan kini menjual lebih 10 juta uncang teh setiap hari di 42 buah negara seluruh dunia.

“Kami bahkan langsung tidak menjual produk teh keluaran kami di pasaran AS. Saya berasa bahawa kiriman istimewa kepada Trump hanya berlaku pada saat yang tepat sahaja,” terang Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: teh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Penjual Teh Duduki Senarai Terkaya Forbes 2019

10/01/2019
0

PASANGAN penjual teh yang beroperasi di sebuah gerai kecil di Kochi, India membuktikan impian boleh menjadi kenyataan hasil disiplin dan...

Warga Afghanistan Mula Ketagih Minum Kopi

18/03/2018
0

AROMA... Penduduk Afghanistan memerlukan kafein untuk memulakan aktiviti harian mereka dengan sanggup beratur panjang di ‘warung’ kopi Najibullah Sharyari di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd